Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Benutzerhandbuch

Seite von 156
Penggunaan ketuhar
32  Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak
Ketuhar gelombang mikro anda dilengkapi dengan program Kunci Kanak-Kanak khas, yang 
membolehkan ketuhar “dikunci” supaya kanak-kanak atau sesiapa yang tidak biasa dengan 
ketuhar ini tidak boleh mengendalikannya dengan tidak sengaja.
1
2
1.  Tekan butang Kunci Kanak-Kanak selama 3 
saat.
•  Ketuhar dikunci (tiada fungsi yang boleh 
dipilih).
•  Paparan menunjukkan “L”.
2.  Untuk membuka kunci ketuhar, tekan butang 
Kunci Kanak-Kanak selama 3 saat.
Ketuhar boleh digunakan seperti biasa.
Menggunakan ciri hidup/mati piring putar
Butang Hidup/Mati Piring Putar membolehkan anda menggunakan pinggan besar yang 
memenuhi ruang ketuhar dengan menghalang piring putar daripada berputar (hanya mod 
masakan manual).
AWAS
Hasilnya akan kurang memuaskan hati dalam hal ini kerana pemasakannya adalah kurang rata. 
Kami menyarankan supaya anda memutar bekas dengan tangan semasa separuh masa proses 
memasak.
AMARAN
Jangan sekali-kali mengendalikan piring putar tanpa makanan di dalam ketuhar. Ini boleh 
menyebabkan kebakaran atau kerosakan kepada unit ini.
1
2
1.  Tekan butang Hidup/Mati Piring Putar semasa 
menetapkan fungsi Microwave (Gelombang 
Mikro), Grill (Gril), Hot Blast (Bagas Panas), 
Preheat (Prapemanasan) dan Combi (Kombi).
•  Ia tidak tersedia dengan fungsi yang 
dipraprogram atau sebelum menekan 
butang Microwave (Gelombang Mikro), 
Grill (Gril), Hot Blast (Bagas Panas), Preheat 
(Prapemanasan) dan Combi (Kombi).
Simbol Hidup/Mati Piring Putar muncul pada 
paparan, piring putar tidak akan berputar 
semasa memasak.
(Mod mati piring putar)
2.  Untuk menghidupkan pemutaran piring putar 
semula, tekan butang Hidup/Mati Piring Putar 
sekali lagi.
Simbol Hidup/Mati Piring Putar hilang daripada 
paparan, piring putar akan berputar.
NOTA
Butang Hidup/Mati Piring Putar ini hanya tersedia semasa memasak.
Untitled-39   32
2017-01-10     9:38:52