Philips HD4918 User Manual

Page of 62
Jangan tutup mana-mana bahagian plat memasak dengan aluminium 
untuk mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau kebakaran.
Jika permukaan plat memasak retak, matikan perkakas dan jangan 
gunakannya lagi untuk mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau 
kebakaran.
awas
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari 
pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika 
anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian, jaminan 
anda akan dibatalkan.
Jangan dedahkan periuk aruhan kepada suhu yang tinggi, gas panas, 
stim atau haba yang lembap. Jangan letakkan periuk aruhan di atas atau 
berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan atau yang masih 
panas.
Sentiasa matikan perkakas sebelum anda mencabut plagnya.
Sentiasa cabutkan plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk sebelum 
anda membersihkannya.
Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika 
perkakas ini disalahgunakan atau untuk tujuan profesional atau 
semiprofesional atau jika ia digunakan tidak  mengikut  arahan yang 
terdapat dalam manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips 
tidak menerima tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.
Letakkan periuk aruhan di atas permukaan yang stabil, mendatar dan 
rata serta pastikan terdapat sekurang-kurangnya 10cm ruang kosong di 
sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.
Jangan letak apa-apa di antara alat memasak dan plat memasak.
Berat maksimum yang boleh diletakkan di atas periuk aruhan ialah 7kg. 
Berwaspadalah terhadap stim panas yang keluar daripada alat 
memasak semasa memasak atau apabila anda membuka penutupnya.
Jangan angkat atau pindahkan periuk aruhan semasa ia sedang 
beroperasi.
Jangan letak alat memasak yang kosong di atas periuk aruhan yang 
telah dihidupkan, kerana ini boleh menyebabkan alat memasak tersebut 
menjadi herot benyot atau gegelung pemanasan menjadi rosak.
Jangan simpan bahan dan cecair mudah terbakar berhampiran atau di 
atas periuk aruhan.
Elakkan sentuhan yang kuat antara alat memasak atau objek lain dengan 
plat memasak kristalit.
Sentiasa letakkan alat memasak pada zon memasak apabila memasak.
Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa atau sistem 
kawalan jauh untuk mengelakkan situasi yang berbahaya.
Jangan guna alat memasak yang mempunyai diameter dasar periuk 
lebih daripada 16cm untuk menggoreng makanan (dengan minyak yang 
banyak), kerana ini menyebabkan perkakas ini malfungsi. 
Pematian automatik
Perkakas ini dilengkapi dengan pematian automatik. Ia akan mati secara 
automatik dalam dua keadaan:
Dalam mod Quick start (manual) dan mod Hot pot, perkakas ini akan 
mati secara automatik jika anda tidak menekan sebarang butang selama 
60 minit. 
Jika tiada alat memasak di atas plat memasak atau jika alat memasak 
itu tidak sesuai, apabila anda menekan butang mula atau jika anda 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu