Philips DVP5990K/98 User Manual

Page of 55
108
B
ah
as
a M
ela
yu
Maklumat Am
AMARAN! 
Unit ini tidak mengandungi apa-apa 
bahagian boleh diservis pengguna. Harap 
biarkan semua kerja penyenggaraan 
dibuat oleh kakitangan yang berkelayakan. 
Langkah beringat-ingat 
persediaan
Mencari lokasi sesuai 
–  Letakkan unit ini di atas permukaan rata, 
keras dan stabil. Jangan sekali-kali letakkan unit 
ini di atas permaidani. 
–  Jangan sekali-kali letakkan unit ini di atas 
kelengkapan lain yang boleh memanaskannya 
(cthnya, alat penerima atau amplifier). 
–  Jangan sekali-kali letakkan sesuatu di bawah 
unit ini (cthnya, CD, majalah). 
–  Pasang unit ini berhampiran salur keluar AC di 
mana plag kuasa AC boleh dicapai dengan mudah. 
Ruang untuk pengudaraan 
–  Letakkan unit ini di lokasi yang mempunyai 
ruang pengudaraan yang mencukupi untuk 
mencegah kenaikan haba dalaman. Biarkan 
sekurang-kurangnya 10 sm (4”) ruang kosong 
dari belakang dan atas unit ini dan 5 sm (2”) 
dari kiri dan kanan untuk mencegah dari 
pemanasan lampau. 
Elakkan suhu tinggi, kelembapan, air dan 
habuk 
–  Unit ini tidak boleh didedahkan pada titisan 
atau percikan air. 
–  Jangan sekali-kali meletakkan apa-apa objek atau 
item yang boleh merosakkan unit ini (contohnya, 
objek berisi cecair, lilin yang menyala). 
Notis hak cipta
Membuat salinan bagi bahan yang dilindungi hak 
cipta secara tidak sah, termasuk program 
komputer, fail, siaran dan rakaman bunyi, boleh 
menjadi pelanggaran hak cipta dan menjadi 
kesalahan jenayah. Unit ini tidak seharusnya 
digunakan untuk tujuan tersebut.
Aksesori yang dibekalkan
–  1 kawalan jauh dengan bateri 
–  1 kabel audio/video (kuning/putih/merah) 
–  1 kabel kuasa
Cakera pembersih
AMARAN! 
Risiko kerosakan pada cakera! Jangan gunakan 
pelarut seperti benzena, pencair, pembersih 
komersil atau semburan anti statik yang 
dimaksudkan untuk cakera. 
l
  Lap cakera dengan kain pembersihan 
mikrofiber dari tengah ke tepi dengan 
pergerakan lurus. 
Mengenai kitaran semula
Manual pengguna ini dicetak di atas kertas yang 
tidak mencemarkan alam. Unit ini mengandungi 
bilangan besar bahan yang boleh dikitar semula. 
Jika anda melupuskan kelengkapan lama, sila 
bawakannya ke pusat kitar semula. Sila amalkan 
peraturan tempatan mengenai pelupusan bahan 
pembungkusan, bateri lama dan kelengkapan 
tua. 
dvp5990K_98_bm.indd   108
2008-08-11   11:08:34 AM