LG V490 Owner's Manual

Page of 326
8
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini 
mungkin berbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, alat perisian akan dibina di dalam peranti anda dan 
mengumpulkan log kesilapan. Alat ini mengumpulkan data yang khusus kepada 
lalai sahaja, seperti kekuatan isyarat dan aplikasi yang dimuatkan. Log hanya 
digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini disulitkan 
dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah sekiranya anda 
perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus 
(SAR).
Peranti tablet model LG-V490 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan 
keselamatan yang berkaitan untuk pendedahan kepada gelombang radio. 
Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin 
keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang 
tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit 
ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi 
SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dalam keadaan 
peranti memancar pada aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua jalur 
frekuensi yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model peranti LG, 
semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang relevan 
bagi pendedahan kepada gelombang radio. 
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran 
Bukan-Ion Antarabangsa (ICNIRP) ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas 10 g tisu.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien