LG V490 Owner's Manual

Page of 326
109
SISTEM
Kekunci pintasan
Membolehkan anda menghidupkan atau mematikan kekunci Pintasan.
Tarikh & Masa
Gunakan tetapan Tarikh & masa untuk menetapkan cara tarikh akan 
dipaparkan. Anda juga boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan 
masa dan zon masa anda sendiri dan bukan mendapatkan masa semasa 
daripada rangkaian mudah alih.
Kebolehcapaian
Gunakan tetapan Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi pasang masuk 
kebolehcapaian yang telah anda pasang pada tablet anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan boleh 
dipilih.
TalkBack – Membolehkan anda menyediakan fungsi TalkBack yang 
membantu mereka yang cacat penglihatan dengan memberi maklum 
balas lisan. Ketik suis TalkBack 
 di penjuru kanan atas skrin untuk 
menghidupkannya. Ketik 
Tetapan di bahagian bawah skrin bagi melaraskan 
tetapan TalkBack.
Saiz font – Tandakan bagi meningkatkan saiz teks.
Warna songsang – Tandakan untuk menterbalikkan warna skrin dan 
kandungan.
Pelarasan warna – Membolehkan skrin dipaparkan dengan kontras warna 
yang lebih besar. Ketik suis 
 untuk menghidupkannya. Kemudian ketik 
skrin dan seret merentasi skrin mengikut mana-mana arah sehingga anda 
lihat kontras warna yang anda mahu gunakan.