LG V490 Owner's Manual

Page of 326
113
Tentang penyandaran dan pemulihan data peranti
Anda disyorkan untuk membuat dan menyimpan fail sandaran pada 
simpanan dalaman dengan kerap, terutamanya sebelum anda mengemas 
kini sebarang perisian. Penyelenggaraan fail sandaran semasa dalam 
memori storan mungkin akan membolehkan anda memulihkan data peranti 
anda jika peranti anda hilang, dicuri atau rosak akibat kejadian yang tidak 
dijangka.
Aplikasi Sandaran LG ini disokong antara telefon pintar dan tablet LG, versi 
perisian atau sistem pengendalian lain. Hasilnya, apabila anda membeli 
telefon pintar dan tablet LG yang baru, anda boleh menyandarkan data 
peranti yang sedia ada ke dalam peranti yang baru.
Jika anda mempunyai aplikasi Sandaran LG terpramuat di telefon pintar 
atau tablet anda, anda boleh membuat sandaran dan memulihkan 
kebanyakan data anda, termasuk aplikasi yang dimuat turun dan 
diprapasang, penanda buku, masukan kalendar, kenalan, tetapan skrin utama 
dan tetapan sistem. Anda juga boleh:
• Melakukan sandaran manual bagi peranti anda.
• Pulihkan data peranti anda.
AMARAN! Untuk mengelakkan telefon daripada mati tiba-tiba akibat 
kekurangan kuasa bateri semasa operasi sandaran atau pemulihan, anda 
hendaklah memastikan bateri anda sentiasa bercas penuh.
LG Backup