LG V490 Owner's Manual

Page of 326
51
Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan 
menjalankan aplikasi yang sepadan, tetapi bukan daripada menu Bluetooth 
seperti kebanyakan telefon mudah alih dan tablet yang lain. 
NOTA: 
• LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau 
penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri wayarles 
Bluetooth.
• Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan 
peranti yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. Jika terdapat 
halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan.
• Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh 
Bluetooth SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda.
Menghidupkan Bluetooth dan memperpasangkan tablet anda 
dengan peranti Bluetooth
Anda hendaklah memasangkan peranti anda dengan peranti lain sebelum 
anda menyambung padanya.
Dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 > tab 
Apl > Tetapan 
 > 
Bluetooth.
Ketik suis Bluetooth 
 untuk menghidupkannya.
Ketik kotak tanda di sebelah nama tablet anda supaya ia dapat dilihat 
oleh peranti Bluetooth yang lain.
NOTA: Untuk memilih tempoh masa bagi peranti anda akan kelihatan, 
ketik 
ikon Menu   > Keterlihatan tamat masa.