LG V490 Owner's Manual

Page of 326
57
NOTA: Untuk mendayakan ciri ini, hidupkan pilihan pemberitahuan 
rangkaian sosial QPair pada telefon anda (
Tetapan > Kebolehcapaian > 
pemberitahuan rangkaian sosial QPair). Pilihan ini membolehkan anda 
diberitahu tentang pemberitahuan rangkaian sosial pada tablet anda.
QuickMemo+ Pindah – Menyimpan QuickMemo+ semasa anda dalam Galeri 
tablet, dan kemudian segerakkan Galeri tablet ini dengan Galeri pada telefon 
anda. 
Internet melalui telefon – Menyambungkan tablet anda ke Internet melalui 
telefon mudah alih anda (sebagai kawasan liputan Wi-Fi). Menggunakan ciri 
ini mungkin menyebabkan anda dikenakan caj data. Untuk menjimatkan 
penggunaan data di telefon, telefon menyambung secara automatik ke 
sebarang Wi-Fi hotspot yang dipercayai yang berada dalam julat.
Sambungan PC dengan kabel USB
Anda boleh menyambungkan tablet anda ke PC anda untuk mengecasnya, 
memindahkan item ke PC dari tablet dan sebaliknya.
Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan mod Peranti 
media (MTP)
Sambungkan tablet anda kepada PC menggunakan kabel USB.
Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada 
PC anda, anda akan diminta untuk menukar tetapan secara manual. 
Untuk menukar tetapan, luncurkan Bar Status ke bawah dan ketik mod 
sambungan USB semasa > 
Peranti media (MTP).
Anda kini akan dapat melihat kandungan peranti Media pada PC anda 
dan memindahkan fail tersebut.