LG V490 Owner's Manual

Page of 326
5
Tentang panduan pengguna ini
• Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. 
Ini akan memastikan bahawa anda menggunakan peranti anda dengan 
selamat dan dengan betul.
• Sesetengah imej dan syot layar yang disediakan dalam panduan ini 
mungkin nampak berbeza pada tablet anda.
• Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada 
perisian yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa. 
Kandungan ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal. 
Bagi versi terkini manual ini, sila lawati laman web LG di www.lg.com.
• Aplikasi peranti anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut 
negara, wilayah, atau spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh 
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah prestasi yang timbul 
akibat penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh pembekal selain 
daripada LG.
• LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi atau 
ketidakserasian yang timbul akibat tetapan daftaran yang diedit atau 
perisian sistem pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk 
menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau 
aplikasinya tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
• Perisian, audio, kertas hias dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan 
bersama peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. 
Jika anda memetik dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan 
perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar undang-undang 
hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya 
terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
Tentang panduan pengguna ini