LG V490 Owner's Manual

Page of 326
83
NOTE: QuickRemote berfungsi dengan cara yang sama seperti alat 
kawalan jauh inframerah (IR) kawalan di rantau atau negara anda. 
Berhati-hati supaya tidak menutup sensor inframerah di bahagian atas 
tablet apabila anda menggunakan fungsi QuickRemote. Fungsi ini 
mungkin tidak disokong, bergantung pada model, pengilang atau syarikat 
perkhidmatan.
Menggunakan QuickRemote
Buka 
QuickRemote 
 dan pilih bilik di mana anda mengkonfigurasikan 
kawalan jauh itu.
Pilih kawalan jauh yang anda mahu dengan mengetik jenis/namanya pada 
bar QuickRemote di sebelah kiri skrin.
Ketik butang di alat kawalan jauh yang dipaparkan.
NOTA: Apabila menambah alat kawalan jauh TV, QuickRemote boleh 
menggunakan butang INPUT bagi mengkonfigurasikan kawalan jauh 
yang sesuai. Apabila mengkonfigurasikan butang INPUT, sumber input 
TV boleh ditukar. Untuk menetapkan semula sumber input TV anda, ketik 
butang INPUT pada QuickRemote beberapa kali (bergantung kepada 
bilangan peranti yang bersambung ke TV).
Pilihan QuickRemote
Untuk mengakses menu pilihan QuickRemote, ketik 
ikon Menu   bagi 
memilih pilihan yang diingini.
NOTA: Semasa memainkan muzik di latar belakang, menekan mana-
mana butang QuickRemote akan menyenyapkan bunyi selama sesaat.