LG E400 Owner's Manual

Page of 374
125
Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon mudah alih 
LG daripada internet
Untuk maklumat lanjut tentang cara 
menggunakan fungsi ini, sila lawati http://
update.lgmobile.com atau http://www.
lg.com/common/index.jsp   pilih negara 
dan bahasa. 
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini 
peralatan tegar telefon anda kepada versi 
terkini daripada internet dengan mudah 
tanpa perlu melawati pusat servis. Ciri ini 
tersedia hanya jika dan apabila LG membuat 
versi lebih baru peralatan tegar yang 
tersedia bagi peranti anda.
Kerana program kemas kini perisian telefon 
bimbit memerlukan perhatian penuh 
pengguna sepanjang tempoh proses kemas 
kini, sila pastikan anda memeriksa semua 
arahan dan nota yang muncul pada setiap 
langkah sebelum meneruskannya. Sila ambil 
perhatian bahawa mencabut kabel data 
USB atau bateri semasa naik taraf boleh 
menyebabkan kerosakan teruk kepada 
telefon mudah alih anda.
Kemas kinian perisian