LG G4 s User Guide

Page of 286
57
Kamera dan Video
Galeri
Aplikasi Galeri memaparkan gambar dan video dalam storan anda, termasuklah yang 
anda telah tangkap dengan aplikasi Kamera dan yang anda telah muat turun daripada 
web atau lokasi lain. 
1  
Ketik 
 > 
 > 
 untuk melihat imej yang disimpan dalam storan.
2  
Ketik album untuk membukanya dan melihat kandungannya. (Gambar dan video 
dalam album dipaparkan mengikut susunan kronologi.)
3  
Ketik gambar dalam album untuk melihatnya.
NOTA
Bergantung pada perisian yang dipasangkan, sesetengah format fail 
mungkin tidak disokong.
Sesetengah fail mungkin tidak dimainkan dengan betul kerana 
pengekodannya.
Melihat gambar
Galeri memaparkan gambar anda di dalam folder. Apabila aplikasi, seperti E-mel, 
menyimpan gambar, folder muat turun akan dicipta secara automatik untuk menyimpan 
gambar ini. Begitu juga, menangkap tangkap layar dengan automatik akan mencipta 
folder Tangkap Layar. 
Gambar dipaparkan mengikut tarikh ia dicipta. Pilih gambar yang hendak dilihat dalam 
skrin penuh. Tatal ke kiri atau kanan untuk melihat imej seterusnya atau sebelumnya.
Mengezum masuk dan keluar
Gunakan salah satu kaedah berikut untuk mengezum masuk dan keluar imej:
Ketik dua kali di mana-mana untuk mengezum masuk.
Buka dua jari di mana-mana tempat di gambar untuk zoom masuk. Picit atau 
dwiketik imej untuk zoom keluar.