LG G4 s User Guide

Page of 286
BAHASA MELAYU
Selamat datang!
Terima kasih kerana memilih LG. Sila baca panduan pengguna ini dengan 
teliti sebelum menggunakan peranti buat kali pertama untuk memastikan 
keselamatan dan penggunaan yang betul.
Selalu gunakan aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan adalah direka 
bentuk hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti yang 
lain.
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah visual 
disebabkan oleh papan kekunci skrin sentuh.
Huraian berdasarkan pada tetapan lalai peranti.
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk kepada kemas kini dan sokongan untuk 
aplikasi ini mungkin ditarik balik tanpa notis lebih awal. Jika anda mempunyai 
sebarang soalan tentang aplikasi yang disediakan dengan peranti, sila hubungi 
Pusat Perkhidmatan LG. Untuk aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi 
pembekal perkhidmatan yang berkaitan.
Mengubah suai sistem pengendalian peranti atau memasang perisian 
daripada sumber yang tak rasmi akan merosakkan peranti dan menyebabkan 
kerosakan atau kehilangan data. Tindakan sedemikian akan melanggar 
perjanjian lesen LG dan membatalkan waranti anda.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda 
bergantung pada wilayah, pembekal khidmat, versi perisian atau versi OS dan 
tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Notis arahan
 AMARAN
situasi yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri 
sendiri atau orang lain
Awas!
situasi yang boleh menyebabkan kerosakan kepada 
peranti atau kelengkapan yang lain
NOTA
notis atau maklumat tambahan
PETUA!
petua untuk apabila menggunakan fungsi