LG P690 User Guide

Page of 264
16
Kuasa selama lebih sepuluh saat. 
Apabila skrin menunjukkan logo 
LG, lepaskan kekunci Kuasa.
Selepas skrin menunjukkan 
skrin set semula keras, lepaskan 
kekunci-kekunci lain.
Biarkan telefon anda lebih seminit 
sambil ia melakukan set semula 
keras, kemudian telefon anda 
akan dihidupkan.
Awas: Jika anda melakukan set 
semula keras, semua aplikasi 
pengguna dan data pengguna 
akan terpadam. Ini tidak dapat 
dibuat asal. Jangan lupa untuk 
membuat sandaran terhadap 
mana-mana data penting sebelum 
melakukan set semula keras.
6.  Menyambung ke 
rangkaian Wi-Fi
Untuk menggunakan Wi-Fi 
pada telefon anda, mengakses 
pusat akses wayarles, atau 
“hotspot.” Sesetengah pusat 
akses dibuka dan anda hanya 
perlu menyambung padanya. 
Yang lain adalah tersembunyi atau 
menggunakan ciri keselamatan 
yang lain, jadi anda hendaklah 
mengkonfigurasi telefon anda agar 
dapat menyambung kepadanya.
Matikan Wi-Fi apabila anda 
tidak menggunakannya, untuk 
melanjutkan hayat bateri anda.
Menghidupkan Wi-Fi dan 
menyambung kepada rangkaian 
Wi-Fi
Pada skrin Utama, sentuh tab 
Aplikasi, lalu pilih Tetapan 
> Wayarles & rangkaian > 
Tetapan Wi-Fi
.
Sentuh Wi-Fi untuk 
menghidupkannya dan 
memulakan imbasan untuk 
mencari rangkaian Wi-Fi yang 
tersedia.
Notis penting