LG P690 User Guide

Page of 264
77
Panggilan Menunggu: jika 
panggilan menunggu diaktifkan, 
telefon akan memberitahu anda 
tentang panggilan masuk semasa 
anda sedang menjawab panggilan 
lain (bergantung kepada penyedia 
rangkaian anda).
Bunyi
< Umum >
Mod Senyap
 - membolehkan 
anda menyenyapkan semua bunyi 
(termasuk nada dering panggilan 
dan pemberitahuan) kecuali audio 
daripada muzik dan video, dan 
mana-mana penggera yang telah 
anda tetapkan. Anda hendaklah 
menyenyapkan media dan 
penggera dari dalam aplikasinya 
sendiri.
Getar – membolehkan anda 
mengeset telefon anda untuk 
bergetar ketika anda menerima 
panggilan masuk.
Volum – membolehkan anda 
mengeset kelantangan nada 
dering, media dan penggera. 
Jika anda membuang tanda 
pilihan untuk menggunakan 
kelantangan panggilan masuk 
bagi pemberitahuan, anda 
boleh menetapkan kelantangan 
bagi panggilan masuk dan 
pemberitahuan secara berasingan.
< Panggilan Masuk >
Nada dering telefon 
– membolehkan anda mengeset 
nilai lalai bagi nada dering 
panggilan masuk.
< memberitahu >
Nada dering pemberitahuan
 
– membolehkan anda mengeset 
nilai lalai bagi nada dering 
pemberitahuan.
< Maklum balas >
Nada sentuh boleh dengar
 
– membolehkan anda menetapkan 
telefon untuk memainkan nada 
apabila menggunakan pad dailan