LG P690 User Guide

Page of 360
39
di web. (Ini bergantung pada 
tetapan penyegerakan anda).
Selepas mendaftar masuk, anda 
boleh menggunakan perkhidmatan 
Google yang lain pada telefon 
anda.
PENTING!
Beberapa aplikasi, seperti 
Kalendar, hanya boleh berfungsi 
dengan Akaun Google pertama 
yang anda tambah. Jika anda 
merancang untuk menggunakan 
lebih daripada satu Akaun 
Google pada telefon anda, 
pastikan anda mendaftar 
masuk dahulu ke akaun yang 
hendak anda gunakan dengan 
aplikasi tersebut. Apabila anda 
mendaftar masuk, kenalan anda, 
mesej Gmail, acara Kalendar, 
dan maklumat lain daripada 
aplikasi dan perkhidmatan ini di 
Web akan disegerakkan dengan 
telefon anda. Jika anda tidak 
mendaftar masuk ke akaun 
Google semasa persediaan, 
anda akan diminta untuk 
mendaftar masuk atau untuk 
membuat akaun Google pada 
kali pertama anda memulakan 
aplikasi yang memerlukan akaun 
ini, seperti Gmail atau Android 
Market™.
Jika anda mempunyai akaun 
perusahaan melalui syarikat atau 
organisasi anda, jabatan IT anda 
mungkin mempunyai arahan 
khas mengenai cara mendaftar 
masuk ke akaun tersebut.