LG H959 Red User Manual

Page of 308
83
Tetapan 
Akaun & selari
Membolehkan aplikasi menyegerakkan data di latar belakang, tanpa mengira sama
ada anda sedang mengerjakannya secara aktif atau tidak. Membuang tanda semak
pada tetapan ini boleh menjimatkan kuasa bateri dan menurunkan (tetapi tidak
menghapuskan) penggunaan data.
Awan
Tambahkan akaun awan agar anda dapat menggunakan perkhidmatan awan dengan
aplikasi LG dengan cepat dan mudah.
Kebolehcapaian
Anda boleh menggunakan tetapan
Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi sebarang
pasang masuk kebolehcapaian yang telah anda pasang pada telefon anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan boleh dipilih.
Operasi sebelah tangan
  Pad  kekunci  dail – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengalih pad
kekunci dail ke sebelah kanan atau kiri peranti. Hanya ketik anak panah untuk
mengalihkannya ke satu sisi atau sebaliknya.
  Papan  kekunci  LG – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengalih
papan kekunci ke sebelah kanan atau kiri peranti. Hanya ketik anak panah untuk
mengalihkannya ke satu sisi atau sebaliknya.
  Skrin  kunci – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengalih pad kekunci
Skrin kunci PIN ke sebelah kanan atau kiri peranti. Hanya ketik anak panah untuk
mengalihkannya ke satu sisi atau sebaliknya.
 Bantuan – Memaparkan maklumat mengenai operasi sebelah tangan.
Kekunci pintasan
Dapatkan akses pantas kepada aplikasi dengan menekan dan menahan butang Volum
semasa skrin mati atau berkunci. Ketik suis kekunci Pintasan (Imej suis kekunci