LG GD580-Red User Guide

Page of 266
6
Panduan Pengguna  
|
  LG GD580
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah 
ini. Tidak mengikut garis panduan ini 
mungkin merbahaya atau tidak sah. 
Terdedah kepada kuasa 
frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang 
radio dan Kadar Penyerapan 
Khusus (SAR) Model telefon 
mudah alih GD580 ini telah direka 
untuk mematuhi keperluan 
keselamatan yang digunapakai 
untuk pendedahan kepada 
gelombang radio. Keperluan ini 
adalah berdasarkan garis panduan 
siantifik yang termasuklah margin 
keselamatan yang direka bentuk 
untuk memastikan keselamatan 
semua orang tanpa mengira umur 
dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan 
kepada gelombang radio 
menggunakan unit ukuran 
yang disebut sebagai Kadar 
Penyerapan Khusus, atau SAR. 
Ujian bagi SAR dijalankan 
menggunakan kaedah yang 
dipiawaikan dengan telefon 
memancarkan pada aras kuasa 
diperakui yang tertinggi dalam 
semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan 
antara tahap SAR pelbagai 
model telefon LG, ia semua 
direka bentuk untuk memenuhi 
garis panduan relevan bagi 
pendedahan kepada gelombang 
radio.
Had SAR yang disyorkan 
oleh Suruhanjaya mengenai 
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion 
(Commission on Non-Ionizing 
Radiation Protection) (ICNIRP) 
Antarabangsa, iaitu 2W/kg 
dipuratakan ke atas sepuluh (10) 
gram tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk 
model ini yang diuji oleh DASY4 
untuk penggunaan telinga ialah 
1.09 W/kg (10g) dan apabila 
dipakai pada badan ialah 0.753 
W/kg (10g).
Maklumat data SAR bagi 
penduduk di negara/kawasan 
yang telah mengambil had SAR 
yang disyorkan oleh Institut 
Jurutera Elektrik dan Elektronik 
(IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan 
ke atas satu 1 gram tisu.