Philips hd4706 User Manual

Page of 44
1
Perihalan umum (Gamb. 1)
A
 Gagang tudung
B
 Butang pelepas
C
  Pin pencagak
D
 Bolong stim
E
 Pengumpul embun
F
  Panel kawalan
G
 Plat pemanasan
H
 Suis bermagnet
I
  Kord sesalur kuasa
J
  Jasad utama
K
  Pemegang senduk
L
 Tudung luar
M
 Tudung dalam boleh tanggal
N
  Perikut dalam
O
  Penunjuk paras air
P
 Dulang stim
Q
  Cawan penyukat
R
  Senduk nasi
Penting
Baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpan arahan ini untuk rujukan 
pada masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa 
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Sambungkan perkakas hanya dengan soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan 
dengan rapi ke dalam soket.
Jika sesalur kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh 
Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali tenggelamkan perumah ke dalam air, mahupun membilasnya di bawah air 
paip.
Pastikan plat pemanas, suis bermagnet dan periuk dalam berkeadaan bersih dan kering 
sebelum menghidupkan periuk pemasak nasi.
Jangan gunakan pemasak nasi untuk menggoreng jeluk makanan dan jangan biarkan mana-
mana bahagian pemasak nasi bersentuhan dengan minyak panas. 
Jangan hidupkan periuk pemasak nasi tanpa memasukkan periuk dalam.
Cabutkan plag periuk pemasak nasi dan biarkan sehingga sejuk setiap kali sebelum 
membersihkannya.
Jangan letakkan periuk dalam terus di atas nyalaan api untuk memasak.
Jangan halang bolong stim dengan apa-apa barang, seperti kain, semasa perkakas beroperasi.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa tergantung 
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja tempat perkakas disimpan.
Peralatan ini hanya untuk kegunaan rumah sahaja. Jika peralatan digunakan dengan tidak betul 
atau bagi tujuan (separa) profesional, atau penggunaannya tidak selaras dengan arahan 
penggunaan, jaminan akan terbatal dan Philips tidak akan menerima tanggungjawab terhadap 
apa-apa kerosakan yang menjadi akibat.
Letakkan periuk pemasak nasi di atas permukaan yang rata.
Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi.
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
BaHasa MElayu