Philips hd4750 User Manual

Page of 88
6
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya 
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (gamb. 1)
A
  Tudung luar
B
  Tudung dalam boleh tanggal
C
  Bolong stim
D
  Pemegang pemasak nasi
E
  Pendakap lekap pemegang senduk
F
  Pemegang senduk
G
  Elemen pemanasan
H
  Kord sesalur kuasa
I
  Senduk sup
J
  Senduk nasi
K
  Cawan penyukat
L
  Perikut dalam
M
  Penunjuk paras air
N
  Dulang stim
O
  Jasad utama
P
  Panel kawalan
Q
   Tuil pelepas
R
  Sambungan kord utama
S
  Tukup bolong stim boleh tanggal
Penting
Baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpan arahan ini untuk rujukan 
pada masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa 
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Sambungkan perkakas hanya dengan soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan 
dengan rapi ke dalam soket.
Jika sesalur kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh 
Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan guna sebarang aksesori atau alat ganti dari pembuat lain yang tidak dinasihati khas oleh 
Philips. Jaminan anda akan menjadi tidak sah jika aksesori atau alat ganti sedemikian telah pun 
digunakan.
Gunakan hanya senduk nasi yang disediakan. Elakkan menggunakan perkakas yang tajam.
Jangan tenggelamkan perumah pemasak nasi di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
Jangan dedahkan pemasak nasi pada suhu yang tinggi, atau letakkannya di atas pemanas atau 
dapur yang sedang berfungsi atau masih panas.
Pastikan plat pemanas, suis magnet dan bahagian luar periuk dalam bersih dan kering sebelum 
menghidupkan periuk pemasak nasi.
Jangan hidupkan periuk pemasak nasi tanpa memasukkan periuk dalam.
Sentiasa tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali sebelum anda mencabut plag periuk pemasak 
nasi.
Cabutkan plag periuk pemasak nasi dan biarkan sehingga sejuk setiap kali sebelum 
membersihkannya.
Jangan letakkan periuk dalam terus di atas api terbuka untuk memasak nasi.
Jangan tutup bolong stim semasa periuk pemasak nasi sedang beroperasi.
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
BaHasa MElayu