Philips hd4746 User Manual

Page of 80
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang 
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, 
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang 
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka. 
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas 
itu.
Perkakas ini hanya untuk kegunaan rumah sahaja. Jika perkakas digunakan dengan tidak betul 
atau bagi tujuan profesional atau (separa) profesional atau penggunaannya tidak selaras 
dengan arahan penggunaan, jaminan akan terbatal dan Philips tidak akan menerima 
tanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan yang menjadi akibat.
Letakkan periuk pemasak nasi pada permukaan yang stabil, mendatar dan rata.
Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi.
Jangan pasang plag perkakas atau hidupkan sesalur kuasa dengan tangan yang basah.
Berhati-hati dengan stim panas yang keluar dari bolong stim semasa memasak atau yang 
keluar dari periuk pemasak nasi semasa anda membuka tudungnya.
Jangan angkat dan pindahkan periuk pemasak nasi dengan tangkainya semasa ia sedang 
beroperasi.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). 
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat 
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
Keluarkan alas di antara periuk dalam dan plat pemanas.
 1 
 Bersihkan bahagian berasingan periuk pemasak nasi dengan sempurna sebelum menggunakan 
perkakas pada kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’). Pastikan semua bahagiannya betul-
betul kering sebelum anda mula menggunakan perkakas.
  
 Pasangkan pemegang senduk pada jasad utama periuk pemasak nasi (Gamb. ).
Menggunakan perkakas
Memasak nasi
 1 
 Ukur beras menggunakan cawan penyukat yang disediakan.
Setiap cawan beras biasanya memberikan 2 mangkuk nasi. Jangan lebihi kuantiti yang ditunjukkan 
pada permukaan dalam periuk dalam. 1cawan nasi adalah kira-kira 180ml.
HD4743: 1-5.5 cawan beras
HD4746: 2-10 cawan beras 
PERHATIAN: Kacang, kekacang atau bijirin yang digunakan dalam beras campuran hendaklah 
direndam terlebih dahulu sebelum digunakan.
Menu
Isipadu/L
Kuantiti beras (cawan)
Beras
1.0
1-5.5
1.8
2-10
Jumlah kecil**
3 maksimum
Bubur nasi
1.0
0.25-0.75
1.8
0.5-1.5
,
,
,
,
,
,
,
,
-
-
,
BaHasa MElayu