Philips Pressurised steam generator GC8630/02 GC8630/02 User Manual

Product codes
GC8630/02
Page of 160
 - Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 
8 tahun atau lebih dan oleh orang-orang yang kurang 
keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurang 
pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diberi 
arahan dalam menggunakan perkakas ini dengan selamat 
atau diberi pengawasan untuk menggunakannya dengan 
selamat dan jika mereka telah dimaklumkan tentang 
bahaya yang ada.
 - Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan perkakas ini.
 - Pastikan perkakas dan kord sesalur utamanya jauh dari 
capaian kanak-kanak berumur 8 tahun atau kurang semasa 
perkakas dihidupkan atau sedang disejukkan.
 - Kanak-kanak tidak dibenarkan membersihkan perkakas 
dan melakukan prosedur Calc-Clean tanpa pengawasan. 
 - Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos 
bekalan  bersentuhan dengan plat tapak seterika yang 
panas.
 - Jika stim atau titisan air panas terlepas dari bawah 
tombol EASY DE-CALC apabila perkakas memanas, 
matikan perkakas dan biarkan ia menyejuk selama 2 jam. 
Kemudian masukkan semula tombol EASY DE-CALC. Jika 
stim masih terlepas apabila perkakas memanas, matikan 
perkakas dan hubungi pusat servis yang dibenarkan oleh 
Philips.
 - Jangan keluarkan tombol EASY DE-CALC daripada 
penjana stim apabila penjana stim masih panas atau di 
bawah tekanan. 
 - Jangan gunakan sebarang tukup lain pada penjana stim 
selain daripada tombol EASY DE-CALC yang dibekalkan 
bersama perkakas.
Awas
 - Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang 
dibumikan.
 - Pastikan anda meletakkan dan menggunakan penjana 
stim pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar  
setiap kali.
 - Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari 
apa-apa kerosakan.
 - Buka lilitan kord sesalur kuasa sepenuhnya sebelum anda 
masukkan plag ke dalam soket dinding.
BAHASA MELAYU
65