Philips Pressurised steam generator GC8635/02 GC8635/02 User Manual

Product codes
GC8635/02
Page of 160
 - Platform seterika dan plat tapak seterika boleh menjadi 
amat panas dan boleh menyebabkan kelecuran jika 
tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan penjana stim, 
jangan sentuh platform seterika.
 - Matikan suis seterika dan alihkan palam dari soket dinding 
setiap kali selepas anda selesai menyeterika.
 - Kembalikan seterika ke platform seterika, matikan perkakas 
dan tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding: 
 - a. apabila anda selesai menyeterika
 - b. apabila anda membersihkan perkakas
 - b. apabila anda mengisi atau mengosongkan tangki air
 - c. apabila anda meninggalkan seterika, walaupun hanya 
seketika
 - Tanggalkan kerak pada penjana stim dengan berkala 
menurut arahan dalam bab ‘Pembersihan dan 
penyelenggaraan’.
 - Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di dalam 
rumah sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan 
medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan 
dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna 
ini, ia selamat untuk digunakan berdasarkan bukti saintifik yang 
terdapat pada hari ini.
Pelupusan
 - Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang 
biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat 
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat 
demikian, anda membantu memelihara alam sekitar.
 - Untuk membolehkan kitaran semula, bahagian plastik yang 
digunakan untuk perkakas ini telah dikodkan. Pembungkus 
kadbod dibuat dengan 90% bahan kitar semula dan boleh 
dikitar semula sepenuhnya.
BAhAsA MElAyu
66