Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Bahasa Melayu  15
Penggunaan ketuhar
Menghentikan proses memasak
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
•  Memeriksa makanan
•  Membalikkan makanan atau mengacaunya
•  Membiarkan ia
Untuk memberhentikan 
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu
•  Buka pintu dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) 
sekali.
Proses memasak berhenti.
•  Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu ketuhar sekali 
lagi dan tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Sepenuhnya
•  Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Proses memasak berhenti.
•  Jika anda mahu membatalkan tetapan memasak, tekan butang 
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
Menetapkan mod penjimatan tenaga
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga.
•  Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Paparan dipadamkan.
•  Untuk menghentikan mod jimat tenaga, buka 
pintu dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/
EKO) dan kemudian paparan menunjukkan 
waktu semasa. Ketuhar sedia untuk digunakan.
NOTA
Fungsi penjimatan tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah tetapan 
atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan 
dipaparkan selepas 25 minit. 
Lampu ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
Menggunakan ciri auto bagas panas
10 ciri Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas) termasuk/menyediakan masa memasak yang 
dipraprogram. Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan 
saiz hidangan dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
1.  Tekan butang Hot Blast Auto (Auto Bagas 
Panas).
2
3
4
2.  Pilih jenis makanan yang anda ingin masak 
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang 
Fungsi. Rujuk jadual di halaman berikutnya 
untuk keterangan pelbagai tetapan yang 
dipraprogram. Pada masa itu, tekan Tombol 
Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih jenis 
makanan.
3.  Pilih saiz hidangan dengan memutar Tombol 
Pemilih Berbilang Fungsi.
4.  Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Makanan dimasak menurut tetapan praprogram 
yang dipilih. Apabila ia selesai:
1)  Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2)  Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip 
3 kali (sekali setiap minit).
3)  Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Untitled-39   15
2017-01-10     9:38:48