Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Bahasa Melayu  27
Penggunaan ketuhar
Menggunakan pinggan kerak
Pinggan kerak ini membolehkan anda memerangkan makanan bukan hanya di bahagian atas 
dengan gril, tetapi bahagian bawah makanan juga menjadi rangup dan perang disebabkan oleh 
suhu tinggi pinggan kerak. Beberapa item yang anda boleh sediakan di atas pinggan kerak boleh 
didapati dalam carta (lihat halaman seterusnya). Pinggan kerak juga boleh digunakan untuk 
bakon, telur dan sosej, dsb.
1.  Letakkan pinggan kerak betul-betul di atas 
piring putar dan prapanaskannya dengan 
Kombinasi-Gril-Gelombang Mikro [600 W + 
Gril] dengan mengikut masa dan arahan berikut 
dalam carta.
2.  Sapukan pinggan dengan minyak jika anda 
memasak makanan seperti bakon dan telur, 
supaya makanan menjadi perang dengan elok.
3.  Letakkan makanan di atas pinggan kerak.
4.  Letakkan pinggan kerak di atas rak logam (atau 
piring putar) di dalam gelombang mikro.
5.  Pilih masa memasak dan kuasa yang sesuai. 
(Rujuk jadual di tepi).
AWAS
•  Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar untuk mengeluarkan pinggan kerak, kerana ia akan 
menjadi sangat panas.
•  Jangan letak sebarang objek di atas pinggan kerak yang tidak tahan panas.
•  Jangan sekali-kali letakkan pinggan kerak di dalam ketuhar tanpa piring putar.
•  Sila ambil perhatian bahawa pinggan kerak tidak boleh dibersihkan di dalam mesin pencuci 
pinggan.
NOTA
•  Sila ambil perhatian bahawa pinggan kerak mempunyai lapisan teflon yang tidak tahan calar. 
Jangan gunakan objek tajam seperti pisau untuk memotong di atas pinggan kerak.
•  Bersihkan pinggan kerak dengan air suam dan detergen dan bilas dengan air bersih.
•  Jangan gunakan berus penyental atau span keras, jika tidak lapisan atas akan rosak.
Untitled-39   27
2017-01-10     9:38:50