Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Panduan memasak
46  Bahasa Melayu
Panduan memasak
Tip dan cara yang berkesan
Mencairkan mentega
Masukkan 50 g mentega ke dalam bekas kaca kecil yang dalam. Tutup dengan penutup plastik. 
Panaskan selama 30-40 saat menggunakan 900 W, sehingga mentega cair.
Mencairkan coklat
Masukkan 100 g coklat ke dalam bekas kaca kecil yang dalam. Panaskan selama 3-5 saat 
menggunakan 450 W, sehingga coklat cair. Kacau sekali atau dua kali semasa mencairkan. 
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Mencairkan madu batu
Letakkan 20 g madu batu di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Panaskan selama 20-30 saat 
menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
Mencairkan gelatin
Letakkan kepingan gelatin kering (10 g) selama 5 minit dalam air sejuk. Letakkan gelatin yang 
telah dituskan di dalam mangkuk pyrex kaca yang kecil. Panaskan selama 1 minit menggunakan 
300 W. Kacau selepas cair.
Memasak gerlis/aising (untuk kek dan gateaux)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan 40 g gula dan 250 ml air sejuk. Masak tanpa 
ditutup dalam mangkuk pyrex kaca selama 3½-4½ minit menggunakan 900 W, sehingga gerlis/
aising menjadi lut sinar. Kacau dua kali semasa memasak.
Memasak jem
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri campur) di dalam mangkuk pyrex kaca bertutup 
yang sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula penjeruk dan kacau rata. Masak bertutup selama 10-
12 minit menggunakan 900 W. Kacau rata beberapa kali semasa memasak. Tuangkan langsung 
ke dalam gelas jem yang kecil dengan penutup putar. Biarkan pada penutup selama 5 minit.
Memasak puding
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500 ml) dengan mengikut arahan pembuat dan 
kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai saiznya. Masak bertutup selama 
6½-7½ minit menggunakan 900 W. Kacau rata beberapa kali semasa memasak.
Memerangkan hirisan badam
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan rata di atas pinggan seramik bersaiz sederhana. 
Kacau beberapa kali semasa pemerangan selama 3½-4½ minit menggunakan 600 W. Biarkan ia 
selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Untitled-39   46
2017-01-10     9:38:53