Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
31
Terma Penggunaan
31.1
Syarat Penggunaan - TV
2015 © TP Vision Europe B.V. Hak cipta terpelihara. 
Produk ini telah dibawa ke pasaran oleh TP Vision
Europe B.V. atau salah satu anggota gabungannya,
kemudian daripada ini dirujuk sebagai TP Vision, yang
merupakan pengeluar produk ini. TP Vision ialah
penjamin berkaitan TV yang dibungkus bersama
dengan buku kecil ini. Philips dan Lambang Perisai
Philips ialah tanda dagangan berdaftar Koninklijke
Philips N.V.
Spesifikasi tertakluk pada perubahan tanpa notis.
Tanda dagangan adalah harta Koninklijke Philips N.V
atau pemiliknya masing-masing. TP Vision berhak
menukar produk pada bila-bila masa tanpa perlu
melaraskan bekalan yang terdahulu seperlunya.
Bahan bertulis yang dibungkus dengan TV dan
manual yang tersimpan dalam memori TV atau
dimuat turun daripada laman
web 
 dipercayai
mencukupi untuk penggunaan sistem yang
sepatutnya.
Bahan di dalam manual ini dipercayai mencukupi
untuk penggunaan sistem yang sepatutnya. Jika
produk, atau modul atau prosedur individunya
digunakan untuk tujuan selain yang dinyatakan di sini,
pengesahan kesahihan dan kesesuaiannya mesti
diperoleh. TP Vision memberi jaminan bahawa bahan
itu sendiri tidak melanggar sebarang paten Amerika
Syarikat. Tiada jaminan lanjutan tersurat atau tersirat.
TP Vision tidak boleh dipertanggungjawabkan
terhadap sebarang ralat dalam kandungan dokumen
ini mahu pun terhadap sebarang masalah yang
berakibat daripada kandungan dalam dokumen ini.
Ralat yang dilaporkan kepada Philips akan diadaptasi
dan diterbitkan dalam laman web sokongan Philips
secepat mungkin.
Terma jaminan - Risiko kecederaan, kerosakan
terhadap TV atau pembatalan jaminan!
Jangan sekali-kali cuba untuk membaiki sendiri TV.
Gunakan TV dan aksesori hanya untuk tujuan yang
dimaksudkan oleh pengeluar. Tanda amaran yang
dicetak pada bahagian belakang TV menunjukkan
risiko kejutan elektrik. Jangan sekali-kali tanggalkan
penutup TV. Hubungi Layanan Pelanggan TV Philips
setiap kali TV anda memerlukan perkhidmatan atau
pembaikan. Cari nombor telefon dalam dokumentasi
bercetak yang disertakan dengan TV. Atau rujuk
laman web  www.philips.com/support kami dan pilih
negara anda jika perlu. Sebarang pengendalian yang
dilarang dengan jelas dalam panduan ini, atau
sebarang pelarasan dan prosedur pemasangan yang
tidak disyorkan atau dibenarkan dalam manual ini
akan membatalkan waranti.
Ciri-ciri piksel
Produk LCD/LED ini mempunyai bilangan piksel
berwarna yang tinggi. Walaupun produk
mengandungi piksel berkesan setinggi 99.999% atau
lebih, bintik hitam atau titik lampu yang cerah (merah,
hijau atau biru) mungkin akan kerap muncul pada
skrin. Ini ialah ciri-ciri struktur paparan (dalam
lingkungan standard industri biasa) dan bukannya
merupakan pincang tugas.
Pematuhan CE
Produk ini mematuhi keperluan penting dan
peruntukan berkaitan lain bagi Arahan 2006/95/EC
(Voltan Rendah), 2004/108/EC (EMC) dan
2011/65/EU (ROHS).
Pematuhan berkenaan EMF
TP Vision mengeluarkan dan menjual banyak produk
yang disasarkan kepada pengguna yang, seperti
peralatan elektronik lain, secara umumnya
mempunyai keupayaan mengeluarkan dan menerima
isyarat elektromagnet. Salah satu prinsip perniagaan
utama TP Vision adalah mengambil semua langkah
berjaga-jaga kesihatan dan keselamatan untuk
produk kami untuk mematuhi semua keperluan
undang-undang yang dikenakan dan supaya berada
dalam standard Medan Elektromagnet (EMF) yang
terpakai pada masa penghasilan produk tersebut.
TP Vision komited untuk membentuk, menghasilkan
dan memasarkan produk yang tidak mengakibatkan
kesan sampingan kesihatan. TP Vision mengesahkan
bahawa selagi produk mereka dikendalikan dengan
betul untuk kegunaannya yang sebenar, produk ini
selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik yang
tersedia pada hari ini. TP Vision memainkan peranan
aktif dalam pembangunan standard EMF dan
standard keselamatan antarabangsa, yang
membolehkan TP Vision menjangka pembangunan
selanjutnya dalam pemiawaian terhadap
penyepaduan produk pada peringkat awal lagi. 
31.2
Syarat Penggunaan - TV
Pintar
Anda boleh melihat terma penggunaan, dasar privasi
dan juga menetapkan tetapan privasi TV Pintar anda.
Untuk membuka halaman terma penggunaan TV
Pintar…
1 -  Tekan 
 HOME  untuk membuka menu Utama.
2 -  Pilih 
 Aplikasi  untuk membuka  Aplikasi.
3 -  Pilih  Sokongan.
109