Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
audio atau video mempunyai bunyi DTS tetapi Sistem
Teater Rumah tidak mempunyai pemprosesan bunyi
DTS. Anda boleh membetulkan ini dengan
menetapkan  Format Audio Keluar TV
kepada  Stereo (dinyahmampat).
Tekan 
 untuk  Semua
Tetapan >  Bunyi >  Lanjutan >  Format Audio
Keluar.
Tiada bunyi
 
 
Jika anda tidak boleh mendengar bunyi daripada TV
pada Sistem Teater Rumah anda, pastikan jika anda
menyambungkan kabel HDMI ke sambungan  HDMI
ARC pada Sistem Teater Rumah. Semua sambungan
HDMI pada TV ialah sambungan HDMI ARC.
4.5
Telefon pintar dan Tablet
Anda boleh menggunakan sambungan wayarles atau
berwayar untuk menyambungkan telefon pintar atau
tablet ke TV.
Wayarles
 
 
Untuk sambungan wayarles, muat turun Philips TV
Remote App daripada gedung aplikasi kegemaran
anda pada telefon pintar atau tablet anda.
Berwayar
 
 
Untuk sambungan berwayar, gunakan sambungan
HDMI 4 MHL di bahagian belakang TV. Dalam 
Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata Kunci  dan
cari  HDMI MHL untuk mendapatkan maklumat
lanjut.
4.6
Pemain Cakera Blu-ray
Gunakan kabel  HDMI berkelajuan tinggi untuk
menyambungkan pemain Cakera Blu-ray ke TV.
Jika pemain Cakera Blu-ray mempunyai EasyLink
HDMI CEC, anda boleh mengendalikan pemain
dengan alat kawalan jauh TV.
4.7
Pemain DVD
Gunakan kabel HDMI untuk menyambungkan pemain
DVD ke TV.
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan kabel
SCART, jika peranti tidak mempunyai sambungan
HDMI.
Jika pemain DVD disambungkan dengan HDMI dan
mempunyai EasyLink CEC, anda boleh
mengendalikan pemain dengan alat kawalan jauh TV.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
EasyLink, dalam  Bantuan, tekan kekunci
warna 
 Kata Kunci  dan cari  EasyLink HDMI CEC.
4.8
Bluetooth - Pembesar suara
dan Pad permainan
Apa Yang Anda Perlukan
Anda boleh menyambungkan peranti wayarles
dengan Bluetooth® ke TV ini – pembesar suara
wayarles, subwufer, bar bunyi atau fon kepala. Anda
juga boleh menyambungkan pad permainan wayarles
dengan Bluetooth LE.
Untuk memainkan bunyi TV pada pembesar suara
wayarles, anda mesti memasangkan pembesar suara
wayarles dengan TV. Anda boleh membuat pasangan
beberapa pembesar suara wayarles dan maksimum 4
peranti Bluetooth LE (tenaga rendah). TV hanya
boleh memainkan bunyi pada satu pembesar suara
pada satu-satu masa. Jika anda menyambungkan
subwufer, bunyi dimainkan pada TV dan subwufer.
Jika anda menyambungkan bar bunyi, bunyi
dimainkan pada bar bunyi sahaja.
Perhatian - Penyegerakan Audio ke Video
 
 
Banyak sistem pembesar suara Bluetooth
mempunyai 'kependaman' yang tinggi.
Kependaman tinggi bermakna jeda audio di belakang
video, menyebabkan 'segerak bibir'
dinyahsegerakkan. Sebelum anda membeli sistem
pembesar suara Bluetooth wayarles, pastikan anda
mengetahui tentang model terbaharu dan cari peranti
20