Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
Pad Permainan Yang Sesuai
Julat dipilih bagi Pad Permainan wayarles adalah
sesuai dan diuji untuk digunakan pada TV ini. Pad
Permainan lain mungkin tidak serasi sepenuhnya.
Pad Permainan yang sesuai ialah…
• Logitech F710
• Logitech F510
• Pengawal Wayarles Xbox 360 untuk Windows
• Pad Permainan Wayarles Speedlink Strike FX
• Sony Play Station berwayar
• Mad Catz C.T.R.L. Pad Permainan Mudah Alih untuk
Android
• Ipega, PG-9023
• Ipega, PG-9025
• Pad permainan PhoneJoy
Masalah
Untuk menyelesaikan kemungkinan gangguan
dengan peranti wayarles lain pada TV…
• Gunakan kord sambungan USB dan alihkan
penerima nano kira-kira 1 meter dari TV.
• Sebaliknya, anda boleh menggunakan hab USB
dikuasakan yang disambungkan ke TV dan
memasang penerima nano dalam hab USB.
4.12
Pemacu Keras USB
Apa Yang Anda Perlukan
Jika anda menyambungkan Pemacu Keras USB, anda
boleh menjeda atau merakam siaran TV. Siaran TV
perlu merupakan siaran digital (siaran DVB atau yang
serupa).
Untuk Menjeda
 
 
Untuk menjeda siaran, anda memerlukan Pemacu
Keras USB 2.0 yang serasi dengan minimum 4GB
ruang cakera.
Untuk Merakam
 
 
Untuk menjeda dan merakam siaran, anda
memerlukan minimum 250GB ruang cakera. Jika
anda mahu merakam siaran dengan data panduan TV
daripada Internet, anda perlu mempunyai
sambungan Internet yang dipasang pada TV anda
sebelum anda memasang Pemacu Keras USB.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara
untuk memasang Pemacu Keras USB,
dalam  Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata
Kunci dan cari  Pemacu Keras USB, pemasangan.
Pemasangan
Sebelum anda boleh menjeda atau merakam siaran,
anda perlu menyambung dan memformatkan
Pemacu Keras USB. Pemformatan mengalih keluar
semua fail daripada Pemacu Keras USB.
1 -  Sambungkan Pemacu Keras USB ke salah satu
sambungan  USB pada TV. Jangan sambungkan
peranti USB lain ke port lain semasa memformat.
2 -  Hidupkan Pemacu Keras USB dan TV.
3 -  Apabila TV ditala ke saluran TV digital,
tekan 
 (Jeda). Cubaan menjeda akan memulakan
pemformatan. 
Ikuti arahan pada skrin.
Apabila Pemacu Keras USB diformat, biarkannya
menyambung secara kekal.
Amaran
 
 
Pemacu Keras USB diformatkan secara eksklusif
untuk TV ini, anda tidak boleh menggunakan rakaman
yang disimpan pada TV atau PC lain. Jangan
menyalin atau mengubah fail rakaman pada Pemacu
Keras USB dengan sebarang aplikasi PC. Ini akan
merosakkan rakaman anda. Apabila anda formatkan
Pemacu Keras USB lain, kandungan pada yang
terdahulu akan hilang. Pemacu Keras USB yang
dipasang pada TV anda akan perlu diformatkan
semula untuk digunakan dengan komputer.
Pemformatan
Sebelum anda boleh menjeda atau merakam siaran
atau menyimpan aplikasi, anda perlu menyambung
dan memformatkan Pemacu Keras USB.
Pemformatan mengalih keluar semua fail daripada
Pemacu Keras USB. Jika anda mahu merakam siaran
dengan data Panduan TV daripada Internet, anda
perlu menyediakan sambungan Internet dahulu
sebelum anda memasang Pemacu Keras USB.
Amaran
 
 
Pemacu Keras USB diformatkan secara eksklusif
untuk TV ini, anda tidak boleh menggunakan rakaman
yang disimpan pada TV atau PC lain. Jangan
menyalin atau mengubah fail rakaman pada Pemacu
Keras USB dengan sebarang aplikasi PC. Ini akan
merosakkan rakaman anda. Apabila anda formatkan
23