Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
papan kekunci alat kawalan jauh (jika tersedia) atau
papan kekunci pada skrin untuk memasukkan teks.
7 -  Masukkan nombor, nama atau bahagian nama
dan pilih  Gunakan dan tekan  OK. TV akan mencari
nama saluran yang sepadan dalam senarai yang
anda pilih. 
Hasil carian disenaraikan sebagai senarai saluran -
lihat nama senarai di bahagian atas. Hasil carian
hilang sebaik sahaja anda memilih senarai saluran
lain atau menutup senarai dengan hasil carian.
7.3
Menonton saluran
Tala ke Saluran
Untuk mula menonton saluran TV, tekan 
. TV
menala ke saluran terakhir yang anda tonton. 
Tukar Saluran
 
 
Untuk menukar saluran, tekan 
   atau    .
Jika anda mengetahui nombor saluran, taipkan
nombor dengan kekunci nombor. Tekan  OK selepas
anda memasukkan nombor untuk menukar saluran
serta-merta.
Sekarang dan seterusnya
 
 
Semasa anda menonton saluran TV, anda boleh
menatal saluran selebihnya dengan cepat dan
melihat item yang anda. 
Tekan 
 (atas) atau   (bawah) untuk membuka
senarai tatal saluran. Jika maklumat tersedia, TV akan
menunjukkan nama dan butiran program semasa
yang diikuti dengan nama dan butiran program yang
seterusnya.
Saluran sebelumnya
 
 
Untuk kembali ke saluran yang ditala sebelum ini,
tekan 
  BACK.
Kunci Saluran
Kunci dan Buka Kunci Saluran
Anda boleh mengunci saluran untuk mengelakkan
kanak-kanak daripada menonton saluran. Untuk
menonton saluran dikunci, anda perlu memasukkan
kod PIN  Kunci Kanak-kanak 4 digit terlebih dahulu.
Anda tidak boleh mengunci program daripada peranti
yang disambungkan.
Untuk mengunci saluran…
1 -  Tekan 
.
2 -  Tekan  OK untuk membuka senarai saluran.
Ubah senarai saluran jika perlu.
3 -  Pilih saluran yang anda mahu kunci.
4 -  Tekan 
  OPTIONS dan pilih  Kunci
Saluran dan tekan  OK.
5 -  Masukkan kod PIN 4 digit anda jika TV
memintanya. Saluran dikunci ditandakan
dengan 
 (kunci).
6 -  Tekan 
 (kiri) untuk kembali satu langkah atau
tekan 
 untuk menutup menu. 
Untuk membuka kunci saluran…
1 -  Tekan 
.
2 -  Tekan  OK untuk membuka senarai saluran.
Ubah senarai saluran jika perlu.
3 -  Pilih saluran yang anda mahu buka kunci.
4 -  Tekan 
  OPTIONS dan pilih  Buka Kunci
Saluran dan tekan  OK.
5 -  Masukkan kod PIN 4 digit anda jika TV
memintanya.
6 -  Tekan 
 (kiri) untuk kembali satu langkah atau
tekan 
 untuk menutup menu. 
Jika anda mengunci atau membuka kunci saluran
dalam senarai saluran, anda hanya perlu
memasukkan kod PIN sekali sahaja sehingga anda
menutup senarai saluran.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam  Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata
Kunci dan cari  Kunci Kanak-kanak untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Penilaian Ibu Bapa
Untuk menghalang kanak-kanak daripada menonton
program yang tidak sesuai untuk umur mereka, anda
boleh menetapkan penilaian umur.
Saluran digital boleh menjadikan programnya dinilai
mengikut umur. Apabila program penilaian umur
adalah sama atau lebih daripada umur yang anda
tetapkan sebagai penilaian umur untuk anak anda,
program akan dikunci. Anda perlu memasukkan
kod  Penilaian Ibu Bapa dahulu untuk menonton
program yang dikunci.
Untuk menetapkan penilaian umur… 
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Kunci Kanak-kanak >  Penilaian Ibu
Bapa dan tekan  OK.
3 -  Masukkan kod Kunci kanak-kanak 4 digit. Jika
anda masih belum menetapkan kod, pilih  Tetapkan
Kod dalam  Kunci Kanak-kanak. Masukkan kod
Kunci kanak-kanak 4 digit dan sahkan. Kini anda
boleh menetapkan penilaian umur.
4 -  Kembali dalam  Penilaian Ibu Bapa, pilih umur
dan tekan  OK.
5 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu. 
Untuk mematikan penilaian ibu bapa, pilih  Tiada.
Bagaimanapun, di sesetengah negara anda perlu
menetapkan penilaian umur.
35