Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
Cipta Senarai Kegemaran
Untuk mencipta senarai saluran kegemaran…
1 -  Tekan 
, untuk beralih kepada TV.
2 -  Tekan  OK untuk membuka senarai saluran
semasa.
3 -  Tekan 
 OPTION .
4 -  Pilih  Cipta Senarai Kegemaran dan tekan  OK.
5 -  Dalam senarai di sebelah kiri, pilih saluran yang
hendak disertakan sebagai kegemaran dan tekan  OK.
Saluran diletakkan ke dalam senarai di sebelah kanan
mengikut turutan anda menambahkannya. Untuk
membuat asal, pilih saluran dalam senarai di sebelah
kiri dan tekan  OK sekali lagi. 
6 -  Jika perlu, anda boleh teruskan memilih dan
menambah saluran sebagai kegemaran.
7 -  Untuk menyelesaikan menambah saluran,
tekan 
  BACK. 
TV akan meminta untuk menamakan semula Senarai
Kegemaran. Anda boleh menggunakan papan
kekunci pada skrin atau papan kekunci di bahagian
belakang alat kawalan jauh.
1 -  Tekan 
  BACK untuk menyembunyikan papan
kekunci pada skrin.
2 -  Gunakan papan kekunci di bahagian belakang
alat kawalan jauh untuk memadamkan nama semasa
dan memasukkan nama baharu.
3 -  Apabila selesai, pusingkan alat kawalan jauh,
pilih  Tutup dan tekan  OK. 
TV akan bertukar kepada Senarai Kegemaran yang
baru dicipta.
Anda boleh menambah pelbagai saluran sekaligus
atau memulakan Senarai Kegemaran dengan
menduplikasi senarai saluran dengan semua saluran
lalu mengalih keluar saluran yang anda tidak
kehendaki.
Saluran dalam Senarai Kegemaran akan dinomborkan
semula.
Tambah Julat Saluran
Untuk menambahkan julat saluran yang berturutan ke
dalam Senarai Kegemaran sekaligus, anda boleh
menggunakan Pilih Julat.
Untuk menambah julat saluran…
1 -  Buka Senarai Kegemaran yang anda hendak
tambahkan julat saluran.
2 -  Tekan 
  OPTIONS, pilih  Pilih Julat dan
tekan  OK.
3 -  Dalam senarai di sebelah kiri, pilih saluran
pertama bagi julat yang hendak anda tambahkan dan
tekan  OK.
4 -  Tekan 
 (bawah) untuk memilih saluran terakhir
bagi julat yang hendak anda tambahkan. Saluran
ditandakan di sebelah kiri.
5 -  Tekan  OK untuk menambah julat saluran ini dan
sahkan. 
Anda juga boleh mula mencipta Senarai Kegemaran
daripada Pilih Julat.
Namakan semula Senarai Kegemaran
Anda hanya boleh menamakan semula Senarai
Kegemaran.
Untuk menamakan semula Senarai Kegemaran…
1 -  Buka Senarai Kegemaran yang anda mahu
namakan semula.
2 -  Tekan 
  OPTIONS, pilih  Namakan Semula
Senarai Kegemaran dan tekan  OK.
3 -  Tekan 
  BACK untuk menyembunyikan papan
kekunci pada skrin.
4 -  Gunakan papan kekunci di bahagian belakang
alat kawalan jauh untuk memadamkan nama semasa
dan memasukkan nama baharu.
5 -  Apabila selesai, pusingkan alat kawalan jauh,
pilih  Tutup dan tekan  OK.
6 -  Tekan 
  BACK untuk menutup senarai saluran.
Alih Keluar Senarai Kegemaran
Anda hanya boleh mengalih keluar Senarai
Kegemaran.
Untuk mengalih keluar Senarai Kegemaran…
1 -  Buka Senarai Kegemaran yang hendak anda alih
keluar.
2 -  Tekan 
  OPTIONS, pilih  Alih Keluar Senarai
Kegemaran dan tekan  OK.
3 -  Sahkan untuk mengalih keluar senarai.
4 -  Tekan 
  BACK untuk menutup senarai saluran.
Atur Semula Saluran
Anda boleh mengubah turutan saluran (atur semula)
hanya dalam Senarai Kegemaran.
Untuk menukar turutan saluran…
1 -  Buka Senarai Kegemaran yang hendak diatur
semula.
2 -  Tekan 
  OPTIONS, pilih  Atur Semula
Saluran dan tekan  OK.
3 -  Dalam Senarai Kegemaran, pilih saluran yang
anda mahu atur semula dan tekan  OK.
4 -  Dengan kekunci 
 (atas) atau   (bawah)
alihkan saluran ke tempat yang anda mahu.
5 -  Tekan  OK untuk mengesahkan lokasi baharu.
6 -  Anda boleh atur semula saluran dengan kaedah
sama sehingga anda menutup Senarai Kegemaran
dengan kekunci 
  BACK.
38