Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
9
Rakaman dan Jeda
TV
9.1
Rakaman
Apa Yang Anda Perlukan
Anda boleh merakan siaran TV digital dan
menontonnya kemudian.
Untuk merakam program TV, anda memerlukan…
• Pemacu Keras USB disambungkan yang diformatkan
pada TV ini
• saluran TV digital dipasang pada TV ini
• untuk menerima maklumat saluran untuk Panduan
TV pada skrin
• tetapan jam TV yang boleh dipercayai. Jika anda
menetapkan semula jam TV secara manual, rakaman
mungkin gagal. 
Anda tidak boleh merakam semasa anda
menggunakan Jeda TV.
Sesetengah operator TV digital tidak membenarkan
rakaman saluran.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
pemasangan Pemacu Keras USB, dalam  Bantuan,
tekan kekunci warna 
 Kata Kunci  dan
cari  Pemacu Keras USB, pemasangan.
Rakam Program
Rakam Sekarang
Untuk merakam program yang anda sedang tonton,
tekan 
 (Rakam) pada alat kawalan jauh. Rakaman
akan bermula serta-merta.
Untuk menghentikan rakaman, tekan 
 (Berhenti).
Apabila data Panduan TV tersedia, program yang
anda tonton akan dirakam dari saat anda menekan
kekunci rakaman sehinggalah program tamat. Jika
tiada data Panduan TV tersedia, rakaman hanya akan
berlangsung selama 30 minit. Anda boleh melaraskan
masa tamat rakaman dalam senarai  Rakaman.
Jadualkan Rakaman
Anda boleh menjadualkan rakaman bagi program
akan datang untuk hari ini atau beberapa hari dari hari
ini (maksimum 8 hari seterusnya). TV akan
menggunakan data daripada Panduan TV untku
memulakan dan menamatkan rakaman.
Untuk merakam program…
1 -  Tekan 
  TV GUIDE.
2 -  Pada Panduan TV, pilih saluran dan program
yang anda mahu rakam. Tekan 
 (kanan)
atau 
 (kiri) untuk menatal program saluran.
Gunakan kekunci warna 
 Hari  untuk memilih hari
yang anda perlukan.
3 -  Dengan program diserlahkan, tekan kekunci
warna 
 Rakam . Program dijadualkan untuk
rakaman. Amaran akan ditunjukkan secara automatik
apabila rakaman bertindih dijadualkan. Jika anda
merancang untuk merakam program semasa anda
tiada, jangan lupa untuk memastikan TV dalam
keadaan Tunggu Sedia dan Pemacu Keras USB
dihidupkan.
4 -  TV menambah beberapa jidar masa pada akhir
program. Anda boleh melaraskan jidar ini
dengan  Jidar Hujung Automatik.
5 -  Tekan 
 BACK  untuk menutup menu.
Senarai Rakaman
Anda boleh melihat dan menguruskan rakaman anda
dalam senarai rakaman. Bersebelahan dengan
senarai rakaman, terdapat senarai berasingan untuk
rakaman dan peringatan yang dijadualkan.
Untuk membuka senarai rakaman…
1 -  Tekan 
  TV GUIDE.
2 -  Tekan kekunci warna 
 Rakaman .
3 -  Dalam senarai rakaman, pilih
tab  Baharu,  Ditonton atau  Tamat Tempoh dan
tekan  OK untuk menapis paparan anda.
4 -  Dengan rakaman dipilih dalam senarai, anda
boleh mengalih keluar rakaman dengan kekunci
warna 
 Alih Keluar  atau menghentikan rakaman
yang sedang berlangsung dengan kekunci
warna 
 Hentikan Rakaman . Anda boleh
menamakan semula rakaman dengan kekunci
warna 
 Namakan Semula .
5 -  Tekan 
 BACK  untuk menutup menu. 
Penyiar boleh mengehadkan bilangan hari dalam
sehari untuk rakaman boleh ditonton. Apabila tempoh
ini tamat, rakaman akan ditandakan sebagai tamat
tempoh. Rakaman dalam senarai boleh menunjukkan
bilangan hari sebelum ia tamat tempoh.
Apabila rakaman yang dijadualkan dihalang oleh
penyiar atau apabila siaran terganggu, rakaman
ditandakan sebagai  Gagal.
Konflik Rakaman
Terdapat konflik rakaman apabila dua rakaman yang
dijadualkan mempunyai masa yang bertindih. Untuk
menyelesaikan konflik rakaman, anda boleh
melaraskan masa mula dan masa tamat bagi salah
satu atau kedua-dua rakaman yang dijadualkan.
43