Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
18
Video, Foto dan
Muzik
18.1
Daripada Sambungan USB
Anda boleh melihat foto anda atau memainkan muzik
dan video anda daripada pemacu kilat USB yang
disambungkan atau Pemacu Keras USB.
Dengan TV dihidupkan, pasangkan pemacu kilat USB
atau Pemacu Keras USB ke salah satu sambungan
USB. TV mengesan peranti dan akan menyenaraikan
fail media anda.
Jika senarai fail tidak kelihatan secara automatik…
1 -  Tekan 
  SOURCES, pilih   USB  dan
tekan  OK.
2 -  Pilih 
  Peranti USB dan
tekan 
 (kanan) untuk memilih peranti USB yang
anda perlukan.
3 -  Anda boleh melayari fail anda dalam struktur
folder yang anda susun pada pemacu.
4 -  Untuk berhenti memainkan video, foto dan muzik,
tekan 
  EXIT.
Amaran
 
 
Jika anda mencuba menjeda atau merakam program
dengan Pemacu Keras USB yang disambungkan, TV
akan meminta anda memformatkan Pemacu Keras
USB. Pemformatan ini akan memadam semua fail
semasa di Pemacu Keras USB.
18.2
Daripada Komputer atau NAS
Anda boleh melihat foto anda atau memainkan muzik
dan video anda daripada komputer atau NAS (Storan
Sambung Rangkaian) dalam rangkaian rumah anda.
TV dan komputer atau NAS perlu berada dalam
rangkaian rumah yang sama. Anda perlu memasang
Perisian Pelayan Media pada komputer anda atau
NAS. Pelayan Media anda perlu ditetapkan untuk
berkongsi fail anda dengan TV. TV menunjukkan fail
dan folder anda apabila diatur oleh Pelayan Media
atau apabila disusun di komputer anda atau NAS. 
TV tidak menyokong sari kata pada strim video
daripada komputer atau NAS.
Jika Pelayan Media menyokong pencarian fail,
medan carian adalah tersedia.
Untuk melayari atau memainkan fail pada komputer
anda…
1 -  Tekan 
  SOURCES, pilih    Rangkaian dan
tekan  OK.
2 -  Pilih 
 Peranti SimplyShare  dan
tekan 
 (kanan) untuk memilih peranti yang anda
perlukan.
3 -  Anda boleh melayari dan memainkan fail anda.
4 -  Untuk berhenti memainkan video, foto dan muzik,
tekan 
  EXIT.
18.3
Daripada Perkhidmatan
Storan Awan
Anda boleh melihat foto atau memainkan muzik dan
video yang anda muat turun pada perkhidmatan
storan dalam awan dalam talian*.
Dengan aplikasi 
 Penjelajah Awan  anda boleh
menyambung ke Perkhidmatan Pengehosan Awan.
Anda boleh menggunakan log masuk dan kata laluan
anda untuk menyambung.
1 -  Tekan 
  HOME.
2 -  Tatal ke bawah dan
pilih 
 Aplikasi  >   Penjelajah Awan  dan
tekan  OK.
3 -  Pilih perkhidmatan pengehosan yang anda
perlukan. 
4 -  Sambung dan daftar masuk ke perkhidmatan
pengehosan menggunakan log masuk dan kata
laluan anda.
5 -  Pilih foto atau video yang anda mahu mainkan
dan tekan  OK.
6 -  Tekan 
 (kirr) untuk kembali satu langkah atau
tekan 
  BACK untuk menutup menu. 
* Perkhidmatan storan seperti Dropbox™.
18.4
Mainkan Video anda
Mainkan Video
Cara anda membuka senarai fail media anda pada TV
bergantung kepada jenis peranti di tempat fail
disimpan. Lihat bab di atas.
Untuk memainkan video pada TV…
Pilih 
 Video  dan pilih nama fail dan tekan  OK.
• Untuk menjeda video, tekan  OK. Tekan  OK sekali
lagi untuk teruskan.
• Untuk mandir atau mara laju, tekan 
 atau  .
Tekan kekunci beberapa kali untuk mempercepat -
2x, 4x, 8x, 16x, 32x.
• Untuk melompat ke video seterusnya dalam folder,
tekan  OK untuk menjeda dan memilih 
 pada skrin
dan tekan  OK.
61