Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
19
Telefon pintar dan
Tablet
19.1
Philips TV Remote App
Philips TV Remote App baharu pada telefon pintar
atau tablet anda adalah teman TV baharu anda.
Dengan Aplikasi Jauh TV, anda menguasai media di
hujung jari anda. Hantar foto, muzik atau video ke
skrin TV besar anda atau tonton mana-mana saluran
TV anda secara langsung pada tablet atau telefon
anda. Cari perkara yang anda mahu tonton pada
Panduan TV dan tontonnya pada telefon atau TV
anda. Dengan Aplikasi Jauh TV, anda boleh
menggunakan telefon anda sebagai alat kawalan
jauh.
Muat turun Philips TV Remote App daripada gedung
aplikasi kegemaran anda hari ini.
Philips TV Remote App tersedia untuk iOS dan
Android dan adalah percuma.
Skrin Pintar Wi-Fi
 
 
Untuk menonton saluran TV digital pada telefon
pintar atau tablet anda dengan Philips TV Remote
App, anda perlu menghidupkan Skrin Pintar Wi-Fi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam  Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata Kunci
dan cari Skrin Pintar Wi-Fi.
19.2
Google Cast
Apa Yang Anda Perlukan
Jika aplikasi pada peranti mudah alih anda
mempunyai Google Cast, anda boleh menayangkan
aplikasi anda pada TV ini. Cari ikon Google Cast pada
aplikasi mudah alih. Anda boleh menggunakan
peranti mudah alih anda untuk mengawal item pada
TV. Google Cast berfungsi pada Android dan iOS.
Peranti mudah alih anda perlu disambungkan ke
rangkaian rumah Wi-Fi yang sama dengan TV anda.
Aplikasi dengan Google Cast
 
 
Aplikasi Google Cast baharu tersedia setiap
hari. Anda boleh mencubanya dengan YouTube,
Chrome, Netflix, Photowall … atau Big Web Quiz untuk
Chromecast. Lihat juga google.com/cast
Beberapa produk dan ciri Google Play tidak tersedia
di semua negara.
Cari maklumat lanjut
di  support.google.com/androidtv
Tayangkan ke TV anda
Unutk menayangkan aplikasi ke skrin TV…
1 -  Pada telefon pintar atau tablet anda, buka
aplikasi yang menyokong Google Cast.
2 -  Tab ikon Google Cast.
3 -  Pilih TV yang anda mahu terima tayangan.
4 -  Tekan main pada telefon pintar atau tablet anda.
Item yang anda pilih sepatutnya mula dimainkan
pada TV.
19.3
Miracast
Tentang Wi-Fi Miracast
Anda boleh melihat foto anda atau memainkan muzik
dan video anda daripada peranti mudah alih pada TV
anda dengan Wi-Fi Miracast™. Peranti mudah alih
dan TV perlu berada dalam julat, yang biasanya
bermaksud berada dalam bilik yang sama.
Periksa jika peranti mudah alih anda telah bersedia
untuk Miracast.
TV anda ialah peranti  Miracast™ DIPERAKUI WI-FI.
Dengan Miracast™, anda boleh menonton dan
berkongsi skrin telefon pintar anda, tablet atau
komputer pada skrin TV anda secara wayarles. Anda
boleh strim video (audio dan video), berkongsi foto
atau apa-apa lagi yang berada pada skrin peranti.
Tidak perlu sambungkan peranti ke rangkaian rumah
anda. Kedua-dua TV dan peranti perlu merupakan
peranti Miracast™ DIPERAKUI Wi-Fi dan Miracast
dihidupkan.
Miracast pada TV ini adalah tertakluk kepada protokol
HDCP dan tidak boleh memaparkan kandungan
premium dilindungi salinan yang dihantar oleh
peranti. Resolusi video maksimum adalah 720p
untuk 2.4GHz Wi-Fi atau 1080p untuk 5GHz Wi-Fi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
Miracast™ DIPERAKUI Wi-Fi, pergi ke 
Wi-Fi®, logo Wi-Fi CERTIFIED, logo Wi-Fi ialah tanda
dagangan berdaftar Wi-Fi Alliance.  Wi-Fi CERTIFIED
Miracast™,  Miracast™ ialah tanda dagangan Wi-Fi
Alliance.
64