Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
pelincir. Penyahwarnaan atau retak boleh berlaku jika
menggunakan bahan kimia ini.
21.6
Amaran Kesihatan
• Menonton 3D tidak disyorkan bagi kanak-kanak di
bawah usia enam tahun.
• Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah
epilepsi atau sawan fotosensitif, berbincang dengan
pakar perubatan sebelum mendedahkan diri anda
kepada sumber cahaya yang memancar-mancar,
turutan imej yang pantas atau menonton 3D.
• Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan,
berhenti menonton 3D dan jangan terus libatkan diri
dalam sebarang aktiviti yang mungkin berbahaya
(contohnya, memandu kereta) sehingga simptom
anda hilang. Jika simptom berterusan, jangan
teruskan menonton 3D tanpa berbincang dengan
pakar perubatan terlebih dahulu.
• Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti pening-
pening, sakit kepala atau disorientasi, kami syorkan
untuk tidak menonton 3D untuk jangka masa yang
lama.
• Jangan gunakan cermin mata 3D untuk sebarang
tujuan selain daripada menonton TV 3D.
• Jika anda kebiasaannya memakai cermin mata
pemulihan atau kanta lekap, pakai cermin mata 3D
bersama-sama cermin mata atau kanta lekap.
• Jauhkan cermin mata dari kanak-kanak kecil untuk
mengelakkan mereka menelan bahagian kecil atau
bateri.
• Ibu bapa perlu memantau anak mereka semasa
menonton 3D dan pastikan mereka tidak mengalami
sebarang ketidakselesaan seperti yang dinyatakan di
atas. Menonton 3D tidak disyorkan untuk kanak-
kanak berusia enam tahun ke bawah kerana sistem
penglihatan mereka masih belum terbentuk
sepenuhnya.
• Elakkan penggunaan cermin mata 3D apabila
berlaku jangkitan mata atau penyakit lain yang
dipindahkan melalui sentuhan (seperti konjunktivitis,
kutu rambut, dll.). Hanya gunakan semula cermin
mata 3D apabila jangkitan telah hilang sepenuhnya.
70