Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
3 -  Pilih  Saluran >  Pemasangan
Antena/Kabel dan tekan  OK. Masukkan kod PIN
anda jika perlu.
4 -  Pilih  Digital: Uji Penerimaan dan tekan  OK.
5 -  Pilih  Cari dan tekan  OK. Frekuensi digital
ditunjukkan untuk saluran ini.
6 -  Pilih  Cari sekali lagi dan tekan  OK untuk
memeriksa kualiti isyarat frekuensi ini. Keputusan
ujian ditunjukkan pada skrin. Anda boleh meletakkan
semula antena atau memeriksa sambungan untuk
meningkatkan penerimaan.
7 -  Anda juga boleh menukar sendiri frekuensi. Pilih
nombor frekuensi satu demi satu dan gunakan
kekunci 
 (atas) atau   (bawah) untuk mengubah
nilai. Pilih  Cari dan tekan  OK untuk menguji
penerimaan sekali lagi.
8 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Pemasangan Manual
Saluran TV analog boleh dipasang secara manual,
saluran demi saluran.
Untuk memasang saluran analog secara manual…
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Saluran >  Pemasangan
Antena/Kabel dan tekan  OK. Masukkan kod PIN
anda jika perlu.
3 -  Pilih  Analog: Pemasangan Manual dan
tekan  OK. 
•  Sistem
Untuk menyediakan sistem TV, pilih  Sistem.
Pilih negara anda atau bahagian dunia di tempat
anda berada sekarang dan tekan  OK.
•  Cari Saluran
Untuk mencari saluran, pilih  Cari Saluran dan
tekan  OK. Anda boleh memasukkan sendiri frekuensi
untuk mencari saluran atau membiarkan TV mencari
saluran. Tekan 
 (kanan) untuk memilih  Cari dan
tekan  OK untuk mencari saluran secara
automatik. Saluran yang ditemui ditunjukkan pada
skrin dan jika penerimaan lemah, tekan  Cari sekali
lagi. Jika anda mahu menyimpan saluran,
pilih  Selesai dan tekan  OK.
•  Simpan
Anda boleh menyimpan saluran pada nombor
saluran semasa atau sebagai nombor saluran baharu.
Pilih  Simpan Saluran Semasa atau  Simpan sebagai
Saluran Baharu dan tekan  OK. Nombor saluran
baharu ditunjukkan seketika. 
Anda boleh buat semula langkah ini sehingga anda
menemukan semua saluran TV analog yang tersedia.
26.2
Salinan Senarai Saluran
Pengenalan
Salinan Senarai Saluran adalah untuk wakil penjual
dan pengguna pakar.
Dengan Salinan Senarai Saluran, anda boleh
menyalin saluran yang dipasang pada satu TV ke atas
satu lagi TV Philips bagi julat yang sama. Dengan
Salinan Senarai Saluran, anda mengelakkan
penggunaan masa carian saluran dengan memuat
naik senarai saluran pratakrif pada TV. Gunakan
pemacu kilat USB dengan minimum 1 GB.
Syarat-syarat
 
• Kedua-dua TV adalah dari julat tahun yang sama.
• Kedua-dua TV mempunyai jenis perkakasan yang
sama. Periksa jenis perkakasan pada plat jenis TV di
belakang TV. Biasanya dikenali sebagai Q . . . LA
• Kedua-dua TV mempunyai versi perisian yang
serasi.
Versi perisian semasa
 
 
Untuk memeriksa versi semasa perisian TV…
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Kemas Kini Perisian dan
tekan 
 (kanan) untuk memasuki menu.
3 -  Pilih  Maklumat Perisian Semasa  dan tekan  OK.
4 -  Versi, nota keluaran dan tarikh ciptaan
ditunjukkan. Malah, Nombor ESN Netflix ditunjukkan
jika tersedia.
5 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Salin Senarai Saluran
Untuk menyalin senarai saluran…
1 -  Hidupkan TV. TV ini sepatutnya mempunyai
saluran yang dipasang.
2 -  Pasang masuk pemacu kilat USB.
3 -  Tekan 
, pilih Semua Tetapan  dan tekan  OK.
4 -  Pilih  Saluran >  Salinan Senarai Saluran dan
tekan  OK.
5 -  Pilih  Salin kepada USB dan tekan  OK. Anda
mungkin diminta untuk memasukkan kod PIN Kunci
Kanak-kanak untuk menyalin senarai saluran.
6 -  Apabila penyalinan selesai, cabut pemacu kilat
USB.
7 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu. 
Sekarang anda boleh memuat naik senarai saluran
yang disalin ke dalam satu lagi TV Philips.
96