LG H502F Manuel Du Propriétaire

Page de 276
38
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
Bluetooth
Bluetooth adalah teknologi komunikasi julat dekat yang membolehkan anda untuk
menyambung secara wayarles kepada beberapa peranti Bluetooth, seperti alat dengar
dan kit kereta bebas tangan, dan peralatan bimbit, komputer, pencetak dan peranti
wayarles yang didayakan Bluetooth.
NOTA: 
LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau 
penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri Bluetooth.
Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan 
peranti yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. 
Jika terdapat halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan.
Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh 
Bluetooth SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda. 
Menjadikan telefon anda berpasangan dengan peranti Bluetooth yang lain
1  
Ketik
>
>
> tab
Rangkaian > Bluetooth.
2  
Ketik
untuk menghidupkan Bluetooth dan mula mengimbas untuk peranti
Buetooth yang tersedia.
Jika anda ingin mengesan peranti yang kelihatan dalam julat secara tambahan,
ketik
Mencari peranti.
3  
Pilih peranti yang hendak berpasangan daripada senarai. Sebaik sahaja berjaya
membuat pasangan, telefon anda akan menyambung kepada peranti yang satu lagi.
NOTA: Membuat pasangan antara dua peranti Bluetooth adalah proses satu 
kali sahaja. Sebaik sahaja pasangan dicipta, peranti akan terus mengecam 
perkongsian mereka dan bertukar maklumat.
PETUA! Sila rujuk dokumentasi yang disertakan dengan peranti Bluetooth 
untuk maklumat mengenai mod berpasangan dan kod laluan (biasanya 0 0 0 
0 – empat sifar).