Philips 40PFT6550/12 Manuale Utente

Pagina di 116
30
Keselamatan dan
Layanan
30.1
Keselamatan
Penting
Baca dan fahami semua arahan keselamatan
sebelum anda menggunakan TV. Jika kerosakan
disebabkan oleh kegagalan mematuhi peraturan,
jaminan tidak terpakai.
Melindungi TV daripada Terjatuh
Sentiasa menggunakan pendakap dinding yang
dibekalkan untuk melindungi TV daripada terjatuh.
Lekapkan pendakap dan pasang TV dengan kukuh
pada pendakap walaupun TV diletakkan di atas
lantai.
Anda boleh menemui arahan lekapan dalam
Panduan Mula Pantas yang disertakan dengan TV.
Sekiranya anda kehilangan panduan ini, anda boleh
memuat turun panduan tersebut
daripada 
Gunakan nombor jenis produk TV untuk mencari
Panduan Mula Pantas untuk dimuat turun.
Risiko Terkena Kejutan Elektrik atau
Kebakaran
• Jangan sekali-kali dedahkan TV kepada hujan atau
air. Jangan sekali-kali letakkan bekas yang
mengandungi cecair, seperti pasu, berhampiran
dengan TV. 
Jika cecair tertumpah ke atas atau ke dalam TV,
putuskan sambungan TV dari salur kuasa dengan
serta-merta. 
Hubungi Layanan Pelanggan Philips TV supaya TV
dapat diperiksa sebelum digunakan.
• Jangan sekali-kali dedahkan alat kawalan jauh atau
bateri kepada hujan, air atau haba melampau. Jangan
sekali-kali letakkan TV berhampiran lilin yang
menyala, nyalaan terbuka atau sumber haba yang
lain, termasuk cahaya matahari langsung.
• Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot
pengudaraan atau bukaan lain pada TV.
• Jangan sekali-kali letakkan sebarang objek berat di
atas kord kuasa.
• Elakkan tekanan ke atas palam kuasa. Palam kuasa
yang longgar boleh mengakibatkan arka elektrik atau
kebakaran. Pastikan tiada tekanan dikenakan ke atas
kord kuasa apabila anda memusingkan skrin TV.
• Untuk memutuskan sambungan TV daripada sesalur
kuasa, palam kuasa TV perlu ditanggalkan. Setiap kali
memutuskan sambungan kuasa, tarik palam kuasa
dan bukan kordnya. Pastikan anda sentiasa dapat
mencapai palam kuasa, kord kuasa dan soket alur
keluar pada bila-bila masa.
Risiko Kecederaan atau Kerosakan
terhadap TV
• Dua orang diperlukan untuk mengangkat dan
membawa TV yang beratnya melebihi 25 kg atau 55
paun.
• Jika anda melekapkan TV di atas dirian, gunakan
dirian yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan dirian
kepada TV dengan ketat. 
Letakkan TV di atas permukaan yang rata dan
mendatar yang boleh menyokong berat TV dan
dirian.
• Apabila dilekapkan pada dinding, pastikan bahawa
lekapan dinding boleh menahan berat set TV dengan
selamat. TP Vision tidak bertanggungjawab terhadap
lekapan dinding yang tidak sesuai yang
mengakibatkan kemalangan, kecederaan atau
kerosakan.
• Beberapa bahagian produk ini diperbuat daripada
kaca. Berhati-hati semasa mengendalikannya untuk
mengelakkan kecederaan atau kerosakan.
Risiko kerosakan terhadap TV !
 
 
Sebelum anda menyambungkan TV kepada alur
keluar kuasa, pastikan voltan kuasa menyamai nilai
yang tercetak di bahagian belakang TV. Jangan sekali-
kali sambungkan TV kepada alur keluar kuasa jika
voltan berbeza.
Risiko Kecederaan terhadap Kanak-
kanak
Ikuti langkah berjaga-jaga berikut untuk mengelakkan
TV daripada terbalik dan mengakibatkan kecederaan
kepada kanak-kanak:
• Jangan sekali-kali letakkan TV di atas permukaan
yang beralaskan kain atau bahan lain yang boleh
ditarik.
• Pastikan tiada bahagian TV yang tergantung di tepi
permukaan lekapan.
• Jangan sekali-kali letakkan TV di atas perabot yang
tinggi, seperti rak buku, tanpa menambatkan perabot
dan TV kepada dinding atau sokongan yang sesuai.
• Ajar kanak-kanak tentang bahaya memanjat
perabot untuk mencapai TV.
Risiko tertelan bateri !
 
 
Kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis
107