LG E730 Optimus Sol Guida Utente

Pagina di 405
10
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada
sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada
getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di tempat larangan telefon
bimbit. Contohnya, jangan gunakan
telefon di hospital kerana ia mungkin
mengganggu peralatan hospital yang
sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan
yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan
elektrik dan telefon mungkin akan rosak
teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran
bahan yang mudah terbakar kerana
telefon bimbit akan menjadi panas dan
boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk
membersihkan bahagian luar unit ini
(jangan gunakan pelarut seperti benzena,
pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang
lembut.