LG E730 Optimus Sol Guida Utente

Pagina di 405
14
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Jika anda mendengar muzik ketika
bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa volumnya berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar akan keadaan
di sekeliling anda. Ini khususnya amat
penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakan kepada 
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran anda
boleh berlaku jika anda terdedah kepada
bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama.
Kami dengan ini mengesyorkan anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon
mudah alih berhampiran dengan telinga
anda. Kami juga mengesyorkan bahawa
volum muzik dan panggilan ditetapkan pada
paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala,
kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang
yang duduk di sebelah anda dapat
mendengar apa yang sedang anda dengar.