LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
Perkara-perkara asas
28
Persediaan akaun Google
Pertama kali anda membuka aplikasi Google pada telefon anda, anda 
akan diminta untuk mendaftar masuk dengan akaun Google sedia ada 
anda. Jika anda tidak mempunyai akaun Google, anda akan digesa untuk 
membuatnya. 
Membuat akaun Google anda
1  
Ketik   >   >   > tab 
Umum > Akuan & selari
2  
Ketik 
TAMBAH AKAUN > Google > Atau buat akaun baharu
3  
Masukkan nama pertama dan akhir anda, kemudian ketik 
SETERUSNYA.
4  
Masukkan nombor telefon anda untuk keselamatan, ketik 
SETERUSNYA
5  
Ikut arahan dan masukkan maklumat yang diperlukan serta pilihan 
mengenai akaun. Tunggu sementara pelayan mewujudkan akaun anda.
Mendaftar masuk ke akaun Google anda
1  
Ketik   >   >   > tab 
Umum > Akuan & selari.
2  
Ketik 
TAMBAH AKAUN > Google.
3  
Masukkan alamat e-mel anda dan ketik 
SETERUSNYA.
4  
Masukkan kata laluan anda dan ketik 
SETERUSNYA.
5  
Selepas mendaftar masuk, anda boleh menggunakan Gmail dan 
mengambil manfaat daripada perkhidmatan Google pada telefon anda. 
6  
Selepas anda menyediakan akaun Google, telefon anda akan secara 
automatik menyegerakkan dengan akaun Google anda di web (jika 
sambungan data tersedia).
Selepas mendaftar masuk, telefon anda akan disegerakkan dengan 
perkhidmatan Google anda, seperti Gmail, Kenalan dan Google Calendar. 
Anda juga boleh menggunakan Peta, memuat turun aplikasi dari Play 
Store, menyandarkan tetapan anda ke pelayan Google, dan mengambil 
kesempatan daripada perkhidmatan Google yang lain pada telefon anda.
Mengunci dan membuka kunci peranti
Menekan Kekunci Kuasa/Kunci mematikan skrin dan membuatkan peranti 
berada dalam mod kunci. Peranti secara automatik dikunci jika ia tidak 
digunakan untuk tempoh yang ditentukan. Ini membantu menghalang 
daripada kekunci ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan kuasa bateri. 
Untuk membuka kunci peranti, tekan Kekunci Kuasa/Kunci dan leret skrin 
ke mana-mana arah.
Pasangkan skrin
Ciri Pasangkan skrin membolehkan anda mengetik skrin dua kali bagi 
menghidupkan atau mematikan skrin dengan mudah.
Menghidupkan skrin
1  
Dwiketik bahagian tengah Skrin kunci bagi menghidupkan skrin.
2  
Membuka kunci skrin atau mengakses mana-mana pintasan atau 
widget yang tersedia.
Mematikan skrin
1  
Dwiketik kawasan kosong Skrin utama atau bar status.
2  
Skrin akan dimatikan.
 NOTA 
Ketik pada kawasan tengah skrin. Jika anda mengetik pada bahagian bawah 
atau bahagian atas, kadar pengecaman mungkin berkurangan.
Knock Code
Ciri Knock Code membolehkan anda mencipta kod buka kunci anda sendiri 
menggunakan kombinasi ketuk pada skrin. Anda boleh mengakses terus 
Skrin utama semasa skrin dimatikan dengan mengetik turutan yang sama 
pada skrin.