LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Apl
65
64
LG Backup
Perihal penyandaran dan pemulihan data peranti
Anda disyorkan untuk membuat dan menyimpan fail sandaran pada 
simpanan dalaman dengan kerap, terutamanya sebelum anda mengemas 
kini sebarang perisian. Penyelenggaraan fail sandaran semasa dalam 
memori simpanan membolehkan anda memulihkan data peranti anda jika 
peranti anda hilang, dicuri atau rosak akibat kejadian yang tidak dijangka.
Aplikasi Sandaran LG ini disokong antara telefon pintar dan tablet LG, 
perisian lain atau versi sistem operasi. Hasilnya, semasa anda membeli 
telefon pintar dan tablet LG, anda boleh menyandarkan data peranti 
semasa kepada peranti baru anda.
Jika anda mempunyai aplikasi Sandaran dipramuat di telefon pintar dan 
tablet anda, anda boleh membuat sandaran dan pemulihan kebanyakan 
data anda, termasuk aplikasi yang dimuat turun dan diprapasang, penanda 
buku, masukan kalendar, kenalan, tetapan skrin utama, dan tetapan 
sistem.
 
AMARAN
Untuk mengelakkan telefon daripada mati tiba-tiba akibat kekurangan kuasa 
bateri semasa membuat sandaran atau pemulihan, anda hendaklah memastikan 
bateri anda sentiasa bercas penuh.
 NOTA 
Semua fail yang tersimpan dalam peranti anda akan dipadamkan sebelum fail 
sandaran dipulihkan. Pastikan anda menyalin fail sandaran ke lokasi lain.
Sila ambil perhatian bahawa data peranti anda akan ditulis ganti dengan 
kandungan sandaran anda.
Untuk menyandarkan data peranti anda 
1  
Ketik   >   >  .
2  
Ketik pilihan yang dikehendaki.
Salin data antara peranti – Salin data dari peranti lama ke peranti 
baru.
Sandaran & simpan semula – Sandar data atau pulihkan dari sandaran.
Aplikasi Google
Google menyediakan hiburan, rangkaian sosial, dan aplikasi perniagaan. 
Anda boleh meminta akaun Google untuk mengakses aplikasi tertentu.
Untuk melihat lebih banyak maklumat aplikasi, akses setiap menu bantuan 
aplikasi.
 NOTA 
Sesetengah aplikasi mungkin tidak tersedia bergantung pada wilayah atau 
pembekal perkhidmatan.
Google
Cari dengan cepat item di Internet atau peranti anda.
Chrome
Cari maklumat dan layari laman web.
Gmail
Hantar atau terima e-mel melalui perkhidmatan Google Mail.
Peta
Cari lokasi anda pada peta, mencari lokasi dan melihat maklumat lokasi 
untuk pelbagai tempat.
YouTube
Tonton atau cipta video dan kongsikannya dengan yang lain.
Drive
Simpan kandungan anda dalam awan, aksesnya dari mana-mana tempat 
dan kongsikannya dengan yang lain.
Muzik Play
Terokai, dengar dan kongsikan muzik pada peranti anda.
Filem Play
Tonton video yang disimpan pada peranti anda dan muat turun pelbagai 
kandungan untuk menontonnya dari Gedung Play.