LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Tetapan
69
68
Mengakses menu Tetapan 
Aplikasi tetapan membolehkan anda menyesuaikan dan memperibadikan 
telefon anda.
Membuka aplikasi tetapan
Ketik   > sentuh dan tahan   > 
Tetapan sistem.
 ATAU
Ketik   >   >  . 
Melihat tetapan
Ketik   untuk menukar mod paparan.
Paparan senarai – Tatal ke atas dan ke bawah seluruh senarai.
Paparan tab – Leret ke kiri atau ke kanan atau ketik tab yang anda 
ingini.
 NOTA  
Arahan untuk melaksanakan tugas dalam panduan ini berdasarkan pada 
tetapan paparan lalai.
Tetapan Rangkaian
Wi-Fi
Anda boleh menggunakan akses Internet berkelajuan tinggi ketika dalam 
liputan titik akses wayarles (AP).
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Rangkaian > Wi-Fi.
1  
Ketik 
 untuk menghidupkan Wi-Fi dan mulakan imbasan untuk 
mencari rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
2  
Ketik rangkaian untuk menyambung padanya.
Jika rangkaian dilindungi dengan ikon kunci, anda perlu memasukkan 
kunci keselamatan atau kata laluan.
3  
Bar status memaparkan ikon yang menunjukkan status Wi-Fi.
 NOTA 
Jika anda berada di luar zon Wi-Fi atau telah menetapkan Wi-Fi kepada Mati, 
peranti boleh menyambung secara automatik ke Web menggunakan data 
mudah alih, yang mungkin dikenakan caj data.
Wi-Fi Direct
Wi-Fi Direct menyediakan sambungan terus antara peranti yang didayakan 
Wi-Fi tanpa memerlukan pusat akses.
Ketik 
 > Lanjutan Wi-Fi > Wi-Fi Direct.
 NOTA 
Semasa di dalam menu ini, peranti anda boleh dilihat oleh peranti Wi-Fi Direct 
lain yang berdekatan.
Bluetooth
Bluetooth adalah teknologi komunikasi julat dekat yang membolehkan 
anda untuk menyambung secara wayarles kepada beberapa peranti 
Bluetooth, seperti alat dengar dan kit kereta bebas tangan, dan peralatan 
bimbit, komputer, pencetak dan peranti wayarles yang didayakan 
Bluetooth. 
 NOTA 
LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau 
penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri Bluetooth.
Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan peranti 
yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. 
Jika terdapat halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan.
Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh Bluetooth 
SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda.