LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Tetapan
Tetapan
72
Tetapan panggilan
Membolehkan anda mengkonfigurasi pelbagai tetapan panggilan.
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Rangkaian > Tetapan panggilan.
Mel suara – Membolehkan anda memilih perkhidmatan mel suara 
pembawa rangkaian anda.
Nombor dail tetap – Membolehkan anda mengurus dan 
mengumpulkan senarai nombor yang boleh dihubungi dari telefon 
anda. Anda memerlukan PIN2 anda, yang boleh didapati daripada 
operator anda. Jika diaktifkan, hanya nombor dalam senarai dail tetap 
yang boleh dipanggil dari telefon anda.
Kemasukan panggilan tetingkap timbul – Memaparkan pop timbul 
untuk panggilan masuk apabila aplikasi sedang digunakan.
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak 
panggilan.
Tidak menerima dengan mesej – Apabila anda hendak menolak 
panggilan, anda boleh menghantar mesej pantas menggunakan fungsi 
ini. Ini amat berguna jika anda perlu menolak panggilan semasa anda 
menghadiri mesyuarat.
Mengalihkan panggilan – Membolehkan anda memilih apabila 
memajukan panggilan.
Jawab secara automatik – Tetapkan masa sebelum peranti bebas 
tangan yang bersambung menjawab panggilan masuk secara 
automatik.
Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang 
dihubungi menjawab panggilan.
Simpan nombor tidak dikenali – Membolehkan anda menambah 
nombor tidak dikenali ke dalam kenalan selepas panggilan.
Kekunci kuasa tamatkan panggilan – Membolehkan anda 
menggunakan kekunci kuasa untuk menamatkan panggilan.
Panggilan masuk secara senyap – Tanda semak untuk membolehkan 
anda menterbalikkan peranti untuk menyenyapkan panggilan masuk.
Sekatan panggilan – Mengunci panggilan masuk, keluar atau 
antarabangsa.
Tempoh Panggilan – Membolehkan anda melihat tempoh panggilan 
untuk jenis panggilan yang pelbagai.
Tetapan tambahan – Membolehkan anda menukar tetapan berikut 
seperti
ID Pemanggil atau Panggilan Menunggu, dsb.
SmartShare Beam
SmartShare Beam membolehkan anda menghantar dan menerima fail 
antara telefon atau tablet LG dengan cepat.
Menerima data melalui SmartShare Beam
1  
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Rangkaian > Kongsi & Bersambung > 
SmartShare Beam.
2  
Ketik 
 untuk menghidupkan SmartShare Beam. Wi-Fi akan 
dihidupkan secara automatik pada telefon anda dan ia bersedia untuk 
menerima fail.
Menghantar data melalui SmartShare Beam
1  
Memilih fail atau item seperti fail media.
2  
Pilih pilihan untuk menghantar data melalui SmartShare Beam.
3  
Pilih peranti yang hendak dijadikan berpasangan daripada senarai.
Pelayan media
Membolehkan anda berkongsi kandungan multimedia telefon dengan 
peranti serasi DLNA yang berdekatan.
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Rangkaian > Kongsi & Bersambung > 
Pelayan media
Dayakan pilihan 
Perkongsian kandungan untuk membolehkan peranti 
berdekatan mengakses kandungan anda.