LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Tetapan
Tetapan
84
Tarikh & Masa
Menetapkan pilihan anda tentang cara tarikh dan masa dipaparkan.
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Umum > Tarikh & Masa.
Storan
Anda boleh memantau memori dalaman yang digunakan dan yang ada 
dalam peranti.
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Umum > Storan.
STORAN DALAMAN
Jumlah ruang – Memaparkan jumlah amaun ruang dan ruang yang 
tersedia dalam memori dalaman telefon anda dalam teks dan dengan 
graf bar berkod warna (ruang tidak digunakan berwarna kelabu). 
Aplikasi berkaitan dan amaun ruang yang mereka guna disenaraikan di 
bawah setiap pengguna peranti.
KAD SD
Jumlah ruang – Memaparkan jumlah amaun ruang dan baki ruang 
yang tersedia dalam kad memori anda.
Melekap/Menyahlekap kad SD – Membolehkan anda melekap atau 
tidak melekapkan kad SD anda.
Padam kad SD – Membolehkan anda memadam semua data pada kad 
SD anda.
Penjimatan bateri & kuasa
Memaparkan status bateri semasa termasuk peratusan baki pengecasan 
dan keadaan pengecasan.
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Umum > Penjimatan bateri & kuasa.
Penggunaan bateri – Memaparkan tahap penggunaan dan butiran 
penggunaan bateri. Ketik salah satu item untuk melihat maklumat 
yang lebih terperinci.
Peratusan bateri pada bar status – Tanda semak untuk memaparkan 
peratusan tahap bateri pada bar status di sebelah ikon Bateri.
Keselamatan
Gunakan menu ini untuk mengkonfigurasi cara membantu menyelamatkan 
telefon anda dan datanya.
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Umum > Keselamatan.
Kunci kandungan – Pilih jenis kunci untuk mengunci memo untuk 
QuickMemo+.
Enkripsikan telefon – Membolehkan anda mengenkripsi data pada 
telefon untuk keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN 
atau kata laluan untuk menyahsulit telefon anda setiap kali anda 
menghidupkannya.
Sulitkan penyimpanan kad SD – Menyulitkan storan kad SD dan 
memastikan data tidak tersedia untuk peranti lain.
Sediakan kunci kad SIM – Tetapkan PIN untuk mengunci kad SIM 
anda dan membolehkan anda menukar PIN.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Membolehkan menunjukkan 
secara ringkas setiap aksara kata laluan apabila anda memasukkannya 
supaya anda dapat melihat apa yang anda masukkan.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir telefon.
Sumber tidak diketahui – Membolehkan pemasangan aplikasi bukan 
Play Store.
Mengesahkan aplikasi – Tidak membenarkan atau memberi amaran 
sebelum pemasangan aplikasi yang boleh menyebabkan kemudaratan.
Jenis storan – Memaparkan jenis simpanan semasa.
Pengurusan Sijil – Membolehkan anda mengurus sijil keselamatan 
anda.
Trust agents – Pilih aplikasi untuk digunakan tanpa membuka kunci 
skrin.
Pin skrin – Anda boleh mendayakan peranti anda untuk hanya 
menunjukkan skrin aplikasi tertentu menggunakan pin skrin. 
Aplikasi dengan capaian penggunaan – Membolehkan anda melihat 
maklumat penggunaan aplikasi pada telefon anda.