LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Apendiks
Apendiks
Kemas kini perisian telefon
Kemas kini perisian telefon mudah alih LG daripada Internet
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila lawati  
http://www.lg.com/common/index.jsp   pilih negara dan bahasa anda. 
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda 
kepada versi terkini daripada Internet tanpa perlu melawati pusat servis. 
Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru 
perisian tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon mudah alih 
memerlukan perhatian penuh pengguna sepanjang tempoh proses kemas 
kini, sila pastikan anda memeriksa semua arahan dan nota yang muncul 
pada setiap langkah sebelum meneruskannya. Sila ambil perhatian bahawa 
menanggalkan kabel data USB semasa naik taraf boleh menyebabkan 
kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
 NOTA 
LG berhak membuatkan kemas kini peralatan tegar hanya tersedia bagi model 
terpilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak menjamin ketersediaan 
versi lebih baru peralatan tegar bagi semua model telefon bimbit.
Kemas kini perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi 
Oper-the-Air (OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada 
versi lebih baru dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung 
menggunakan kabel data USB. Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG 
membuat versi lebih baru perisian tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Anda hendaklah menyemak versi perisian pada telefon mudah alih anda 
terlebih dahulu: 
Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > Pusat 
kemaskini > Kemaskini perisian > Semak sekarang untuk kemas kinian.