LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Tentang panduan pengguna ini
Terima kasih kerana memilih LG. Sila baca panduan pengguna ini dengan 
teliti sebelum menggunakan peranti buat kali pertama untuk memastikan 
keselamatan dan penggunaan yang betul.
Selalu gunakan aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan adalah direka 
bentuk hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti yang 
lain.
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah visual 
disebabkan oleh papan kekunci skrin sentuh.
Huraian berdasarkan tetapan lalai peranti.
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk kepada kemas kini dan sokongan untuk 
aplikasi ini mungkin ditarik balik tanpa notis lebih awal. Jika anda mempunyai 
sebarang soalan tentang aplikasi yang disediakan dengan peranti, sila hubungi 
Pusat Perkhidmatan LG. Untuk aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi 
pembekal perkhidmatan yang berkaitan.
Mengubah suai sistem pengendalian peranti atau memasang perisian daripada 
sumber yang tak rasmi akan merosakkan peranti dan menyebabkan kerosakan 
atau kehilangan data. Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG 
dan membatalkan waranti anda.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda 
bergantung pada wilayah, pembekal khidmat, versi perisian atau versi OS dan 
tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Perisian, audio, kertas dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan bersama 
peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik 
dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain, 
anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda 
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di 
sisi undang-undang.
Caj tambahan mungkin akan dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti 
perkhidmatan pemesejan, memuat naik, memuat turun, penyegerakan auto dan 
perkhidmatan lokasi. Pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda untuk 
mengelakkan caj tambahan. Hubungi pembawa perkhidmatan anda untuk 
mendapatkan butiran tambahan.
BAHASA MELAYU