LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
 
 
6
Garis panduan untuk penggunaan 
selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini 
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti 
anda akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan 
data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID 
position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi 
yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu 
menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh 
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu 
mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan 
Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-H650E ini telah direka bentuk untuk 
mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan 
kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan 
saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk 
memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan 
kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio 
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan 
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah 
yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa 
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model 
telefon LG, semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan 
yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan 
Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation 
Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas 
sepuluh 10 g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk 
penggunaan telinga ialah 1.040 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada
badan ialah 1.100 W/Kg (10 g).
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan 
sama ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau 
apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. 
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan 
untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya 
mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak 
sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan 
data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti 
pada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau 
mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. 
Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori LG tulen 
yang diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu telefon 
ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang 
kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin 
berbahaya.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada 
peranti anda tanpa notis lebih awal. 
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik 
servis yang layak jika kerja pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin 
termasuk penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau 
yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian 
yang diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer 
peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator 
atau dapur.
Jangan jatuhkan.