LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
43
Persediaan akaun Google
Selepas mendaftar masuk, telefon anda akan disegerakkan dengan perkhidmatan
Google anda, seperti Gmail, Kenalan dan Google Calendar. Anda juga boleh
menggunakan Peta, memuat turun aplikasi dari Play Store, menyandarkan tetapan
anda ke pelayan Google, dan mengambil kesempatan daripada perkhidmatan Google
yang lain pada telefon anda.
PENTING
Sesetengah aplikasi, seperti Kalendar, hanya berfungsi dengan Akaun Google 
pertama yang anda tambah. Jika anda bercadang untuk menggunakan 
lebih daripada satu Akaun Google dengan telefon anda, pastikan anda log 
masuk dahulu ke dalam akaun yang anda ingin gunakan dengan aplikasi 
tersebut. Apabila anda mendaftar masuk, kenalan anda, mesej Gmail, acara 
Kalendar, dan maklumat lain daripada aplikasi dan perkhidmatan ini pada web 
disegerakkan dengan telefon anda. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun 
Google semasa persediaan, anda akan diminta untuk mendaftar masuk atau 
mencipta Akaun Google pada kali pertama anda memulakan aplikasi yang 
memerlukan daftar masuk, seperti Gmail atau Play Store.
Jika anda mempunyai akaun perdagangan melalui syarikat atau organisasi 
anda, jabatan IT anda mungkin mempunyai arahan khas mengenai cara untuk 
mendaftar masuk ke akaun tersebut.