LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
63
Kamera dan Video
Galeri
Aplikasi Galeri memaparkan gambar dan video dalam storan anda, termasuklah yang
anda telah tangkap dengan aplikasi Kamera dan yang anda telah muat turun daripada
web atau lokasi lain.
1  
Ketik
>
>
untuk melihat imej yang disimpan dalam storan.
2  
Ketik album untuk membukanya dan melihat kandungannya. (Gambar dan video
dalam album dipaparkan mengikut susunan kronologi.)
3  
Ketik gambar dalam album untuk melihatnya.
NOTA
Bergantung pada perisian yang dipasangkan, sesetengah format fail 
mungkin tidak disokong.
Sesetengah fail mungkin tidak dimainkan dengan betul kerana 
pengekodannya.
Melihat gambar
Galeri memaparkan gambar anda di dalam folder. Apabila aplikasi, seperti E-mel,
menyimpan gambar, folder muat turun akan dicipta secara automatik untuk menyimpan
gambar ini. Begitu juga, menangkap tangkap layar dengan automatik akan mencipta
folder Tangkap Layar.
Gambar dipaparkan mengikut tarikh ia dicipta. Pilih gambar yang hendak dilihat dalam
skrin penuh. Tatal ke kiri atau kanan untuk melihat imej seterusnya atau sebelumnya.
Pandangan garis masa
Galeri mengisihkan dan memaparkan kebanyakan foto secara automatik dalam
susunan kronologi untuk sekilas pandang.
1  
Ketik
>
>
.
2  
Ketik
>
Garis masa.
3  
Pilih daripada
Tahun, Bulan dan Hari.